Panduan Pemilihan Tudung Sekolah
Ibu Ibu nak tahu tak bahawa bukan semua tudung yang dijahit adalah sama?
Sungguh ianya tidak sama langsung. Apa yang membezakan antara tudung keluaran A dengan keluaran B adalah ‘potongan‘ dan ‘materiel‘ yang digunakan. Dua perkara ini adalah sangat penting untuk dilihat kerana ianya membawa kepada keKEMASan dan keSELESAan kepada si pemakai.
Ibu ibu sedarkan yang tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu anak kita untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah. Sedari pagi membawa ke tengah hari anak anak kita memakai tudung bukan?
Jika kita ambil ringan sahaja akan kualiti material yang digunakan tak mustahil anak kita akan rasa tidak selesa dan rimas sepanjang bertudung. Penampilan anak juga akan nampak sedikit tidak terurus.
POTONGAN
Potongan atau cutting (dalam bahasa orang putih hehe) adalah antara faktor yang membuatkan sesuatu tudung itu Istimewa.
Semua orang boleh jahit tudung, namun TAK SEMUA yang mampu menghasilkan Potongan yang Selesa.
Di TudungSiComel, kami ada potongan rahsia yang sentiasa dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas pelanggan selama ini.
Apakah rahsianya? Biarlah ianya terus menjadi rahsia hehe…ibu ibu boleh cuba dahulu pada anak ibu ibu, jika tidak selesa BOLEH DIPULANGKAN. Kami hanya ingin lihat anak ibu ibu tersenyum sahaja apabila menggayakannya 😃
Hampir 2000 testimoni positif diterima dan semoga ibu ibu juga bakal menjadi salah seorang daripadanya. Aamiin
Comments
Post a Comment