Resipi Kek Puding karamel yang cukup berjasa

Anamarza
0
Sungguh resipi ini lah yang kak_ana guna untuk menghasilkan Kek Puding Karamel yang ditempah oleh kenalan suami , suatu masa dulu. Ramai yang kata sedap dan tiada bau hanyir telur. Ramai yang repeat order. Cuma sekarang kak_ana dah tak terima order atas beberapa faktor. Lagipun buat masa sekarang fokus lebih tertumpu pada perniagaan online menjual tudung, jubah dan blouse dewasa serta tudung sekolah.




Tapi bukanlah bermaksud tak menerima tempahan langsung. InsyaAllah jika ada yang berhajat mahu merasa Kek hasil tangan kak_ana boleh sahaja. Tapi semestinya tempahan dari orang di sekitar dengan tempat akak tinggal sahaja la kan 😊

Bagi yang duduk jauh tu boleh la tempah dengan bakers berhampiran korang atau jika rajin boleh cuba resipi dibawah ya.

Resipi Kek Puding Karamel


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula
Loyang 8 inci

Cara-cara:
1. Masukkan gula di tengah loyang kek,
2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
3. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang
4. Ketepikan



Bahan-bahan untuk Puding
1 tin susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan.
2. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
3. Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek.


Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula

Cara-cara:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula castor .
3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. (Cara uji: Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.)
4. Ketepikan.


Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 2 (Kek):
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung naik sendiri (diayak)

Cara-cara:
1. Pukul kuning telur, gula, air dan minyak masak. Matikan mixer.
2. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.

3. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 .
4. Kaup balik perlahan-lahan.
5. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian sama banyak.
7. Warnakan dengan warna pilihan anda

8. Sudukan (3 atau 4 sudu) ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Ulang sehingga adunan habis.
9. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
10. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak.
11. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
12. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Nota : Lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati .


Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)