Dapatkan Buku Karya Hamka Kereta Mayat

Anamarza
0
Untuk peminat karya Hamka (Kereta Mayat) , kalian boleh dapatkan buku tulisan beliau di sini.


Setakat ni stok yang available hanya untuk 3 buah buku dibawah ni sahaja;

1. Permata Yang Hilang Kini Dijumpai (RM 25.00) - (kisah mencari cinta dalam dunia rumah tangga)
(Klik pada gambar atau whatsapp ke 019 2513447 untuk membuat pembelian)6
Ulasan Buku PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI.

Buku ini di pecahkan kepada 4 bahagian:

  • bahagian pertama adalah isu sebelum kahwin yang sesuai untuk orang bujang,
  • bahagian kedua adalah berkenaan menjelang perkahwinan yang sesuai untuk rujukan orang yang bertunang,
  • bahagian ketiga pula berkenaan rumah tangga yang sesuai dirujuk oleh suami isteri, dan
  • bahagian keempat lebih kepada asam garam rumah tangga seperti, bercerai, poligami, bergaduh adik beradik, mencari menantu, perpisahan dan kematian...


Antara topik yang di sentuh dalam buku ini adalah:

  • Bagaimana atasi masalah onani.
  • Bagaimana memikat hati mertua dan bagaimana memujuk mertua yang tidak mahu anaknya berkahwin awal.
  • Bagaimana menghadapi isteri atau suami yang dingin terhadap seks.
  • Masalah suami pendiam dan isteri merajuk.
  • Kenapa pasangan bercerai dan bagaimana mengelakkkannya.
  • Bagaimana mendapatkan anak bagi pasangan yang tiada anak.
  • Dan lain lain..

Buku ini bukanlah sekuel kepada buku Permata yang Hilang (1992) kerana ‘permata yang hilang’ dalam buku tersebut tidaklah sama dengan ‘permata yang hilang’ dalam buku ini kerana Permata yang Hilang Kini Dijumpai.

Permata yang Hilang (1992) mungkin merujuk kepada adat resam memecahkan dara isteri atau menguatkan zakar suami. Sedangkan 'Permata yang Hilang Kini Dijumpai' pula lebih merujuk kepada makna cinta dan erti kasih sayang. Bak kata penyanyi Madonna ketika orang ramai tersilap dalam menafsir maksud lagu Like a Virgin yang kononnya adalah berkenaan seks dan zakar, maka jawabnya, “Like a Virgin – It’s not about dick, it’s about love.”


2. Semusim Di Syurga (RM 22.00) - (kisah jaga tepi kain orang versi sopan)
( whatsapp ke 019 2513447 untuk membuat pembelian)
Buku ini merupakan catatan diari pahit manis liku-liku kehidupan seorang pemandu kereta mayat yang ada unsur ala-ala politik tanah air. Melibatkan lokasi parking kereta mayat di sebuah surau yang penuh dengan suka-duka bersama ahli jemaah bermula dari Awal Muharam sehinggalah ke penghujung musim haji.

Dengan catatan diari bermula dari 1 Muharam sehinggalah ke 30 Zulhijah mengikut kalendar Islam, maka lengkaplah buku ini dengan tema ‘semusim’ di syurga. Tap macam tak logik, seorang pemandu kereta mayat mempunyai diari?

Namun, pada zaman semua orang boleh ada blog atau Facebook, maka tidaklah pelik jika pemandu kereta mayat pun mempunyai akaun Goodreads.


4. Semusim Di Neraka (RM 22.00) - (Kisah jaga tepi kain orang versi agak ganas)
(whatsapp ke 019 2513447 untuk membuat pembelian)
Pembaca yang mebaca buku ini, dipercayai, walau sejahil mana pun anda, sedikit sebanyak akan ada modal untuk bercakap bab agama terutama apabila diajak bersembang bersama bapa mertua atau rakan niaga.

Penting untuk kita mempunyai sedikit kebolehan menyampuk sepatah dua kata dalam bab agama sewaktu berborak kerana bila kita dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak’ bab agama, yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab agama, maka malaikat kubur akan hantukkan kepala kita ke tanah!


Selain 3 buku di atas Hamka Kereta Mayat juga menulis buku di bawah:

1. Kamar Sutera


Kisah laki bini dalam Kamar Sutera tidak di susun sebagai sequel kepada “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” sebaliknya lebih kepada mengisi ‘plot hole’ dari buku pertama yang mana setelah pembaca gigih mengikuti kisah pahit manis si penulis bercinta dan bertunang, tiba tiba kisah laki bini dalam PYHKDJ terus bersambung pada babak penulis sudah beranak tiga, Eh? ke mana perginya babak malam pertama? Ke mana perginya babak di awal perkahwinan dalam menyesuaikan antara dua jiwa?.Apa tiadakah asam-garam atau suka-duka rumah tangga di awal perkahwinan wahai En Hamka Keretamayat?

Di atas kesedaran: ‘Peminat selalu betul’maka tertulislah ‘kisah laki bini’ dalam kamar sutera yang merakam peristiwa bermula dari pintu gerbang perkahwinan yang dipenuhi suka duka, senda gurau, pahit manis, dan hitam putih kehidupan.

Secara ringkasnya, Kisah dalam buku ini bermula dengan cerita pengalaman Laki belajar tentang masalah haid, seterusnya menyingkap tabir bulan madu yang indah, kemudian suka duka laki bini dalam bergaul dengan mertua, juga pengalaman membuat kerja rumah yang kronik, ada juga cerita hantu, tak lupa nasihat tentang ekonomi rumah tangga, selain ayat power memikat bini, seni syair dan muzik serta filem, kisah bini mengandung dan pengalaman beranak pertama kali juga ada di muatkan.., di hujung cerita, ada bab tazkirah islamik mengenai kehidupan berlaki bini,

Aku memilih “Kamar Sutera” sebagai tajuk buku adalah simbolik kepada gerbang perkahwinann yang selalu dirujuk kepada kesucian ‘Kamar tidur pengantin’ yang mana di awal perkahwinan semuanya kelihatan indah belaka bagaikan ‘tenunan kain sutera’, namun terselit pahit maung suka duka kehidupan rumah tangga kerana hakikatnya sutera yang menyelubungi kamar itu sendiri datangnya dari najis ulat. Adohai..

Akhir kata,korang tidak wajib membaca “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” untuk memahami Kisah Laki Bini di dalam buku ini kerana Kamar Sutera di tulis dengan tempo ‘berdikari’setelah adaptasi berhikmah di lakukan dari kisah benar yang telah di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita.

(juga agar penulis tidak kelihatan terlalu losser. Woha!)

Semoga kisah laki bini dalam buku ini dapat menjadi panduan kepada semua laki bini dan semua bakal laki bini diluar sana (jika tidak banyak, satu muka surat pun jadilah, isk)


2. Kisah Laki Bini

Sinopsis - kisah suami isteri menempuh suka duka kehidupan membantu rumah tangga orang lain dan diri sendiri


3. Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha

Kata cikgu Isa selepas keretanya rosak, “Ada Dajjal di kampung kita”

Mahdi Infradi seorang nelayan yang selalu alami tayar motosikal pancit, setuju dengan kata kata cikgu Isa, lalu menyeru Pemandu Keretamayat yang sedang dalam perjalanan membeli makanan yang bini sedang mengidam, untuk pergi bersama mereka menangkap Dajjal.

Dijalanan, tidak kami sedari, rupanya ada Yakjud Makjud sedang mara merobohkan masjid…

Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan Kiamat besar secara imbas ke masa hadapan (Flash Forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapai oleh semua orang sebelum kiamat besar, maka cerita nasihat tentang kiamat kecil dan persediaanya adalah amat penting bagi semua umat manusia, malahan, fitnah  dajjal yang kecil, juga penting untuk umat manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang besar.


Lalu Cikgu Isa Kelisa, Mahdi Nelayan, dan Hamka Kereta mayat kelihatan bekerjasama memburu Dajjal seawal waktu Dhuha…


4. Kisah Anak Bini

"KISAH ANAK BINI-anak tanya mak, emak suruh ayah jawab-woha" oleh Hamka Kereta mayat


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)