Apakah Harga Yang Perlu Dibayar Untuk Menjadi Kaya?

Siapa je yang tak mahu menjadi kaya?

Ya , tak dinafikan ada Insan yang tak kisah bab kaya bab harta dunia, tapi rata-rata manusia memang ingin menjadi kaya atau paling tidak pun cukup makan pakai dan hidup tidak terbeban dengan hutang.



Tambah pulak dengan situasi sekarang, dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang semakin hari semakin menghimpit keupayaan berbelanja bagi golongan miskin dan kelas menengah. Lebih parah bila taraf pendapatan yang terbatas dan tidak selari dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Yang pasti, situasi ini tidak memberi kesan kepada golongan kelas atasan.

Bila keadaan seperti ini berlaku, ramai yang akan mula mencari sumber pendapatan alternatif. Kalau pun bukan untuk mengumpul harta untuk menjadi kaya, tapi ramai yang mengintai peluang pelaburan  mahupun perniagaan untuk menampung perbelanjaan harian.

Tidak kira sekadar mahu menambah pendapatan atau ingin menjadi kaya, kesemuanya ada harga yang perlu kita bayar, sekalipun harga itu bukan diukur dengan wang ringgit tapi dengan keringat,,air mata, masa dan seumpamanya.

Makanya, jika anda ingin menjadi kaya janganlah "kedekut" ; kedekut wang, kedekut usaha, kedekut masa, kedekut keringat , kedekut amalan dll. Jangan berkira untuk berbelanja mendapatkan ilmu, jika mahu terjun dalam bidang pelaburan cari ilmu pelaburan, jika ingin berniaga gali ilmu berniaga.

"Wang ringgit bukan ukuran kekayaan seseorang, tetapi pengetahuan perihal kewangan adalah kekayaan sebenar." Robert T. Kiyosaki

Sebagai langkah pertama apakata kalian beli buku berkaitan pelaburan jika kalian benar-benar mahu mnceburi bidang pelaburan tidak kira pelaburan saham, pelaburan emas / perak, dan sebagainya.

Antara buku-buku yang boleh jadikan rujukan ialah:
  1. Petua Pelabur Tersohor / Razali Razman
    Kesemua pelabur yang dipaparkan dalam buku ini merupakan pelabur jangka panjang berasaskan fundamentals, iaitu berasaskan kekuatan perniagaan dan bukan pedagang jangka pendek yang menggunakan analisis teknikal. Buku ini membolehkan pelabur kecil memanfaatkan kepakaran dan kebijaksanaan Warren Buffett, Ken Fisher, Peter Lynch, Benjamin Graham, Philip Fisher, John Templeton, Jim Rogers, John Neff, Walter Schloss dan John Bogle dalam membuat penilaian dan pemilihan saham.
  2. Bijak Melabur (Edisi Terkini) / Razali Razman
    Ramai pelabur yang melabur dalam pasaran saham tidak membuat sebarang penyelidikan sebelum membeli saham. Mereka mendengar nasihat broker, saudara-mara atau bisikan khabar angin daripada rakan-rakan tanpa menyiasat kesahihannya. Mereka tidak sedar bahawa pelaburan sebegini mengundang risiko. Ramai orang sanggup mluangkan banyak masa membandingkan harga dan kualiti barangan di pasar raya. Namun apabila membeli saham, mereka malas untuk membuat penilaian dan analisis sewajarnya
  3. Rich Dad’s Conspiracy of The Rich - Edisi Bahasa Melayu / Robert T.Kiyosaki
    Kita semua sedang melalui fasa kemelut ekonomi yang boleh dikatakan sebagai kritikal. Masalah ini bukan sahaja melanda golongan biasa, malah golongan usahawan dan juga korporat turut terkesan. Menerusi buku ini, Robert membawa pembaca meneroka sisi positif serta peluang yang boleh dicapai di sebalik kekusutan ekonomi yang melanda.
  4. Rahsia Pelaburan Emas dan Perak / Jonathan Quek
    Buku Rahsia Pelaburan Emas Dan Perak kini membawa anda ke dunia yang sebelum ini tersembunyi daripada orang ramai dan juga media. Saat anda merentasi lorong-lorong gelap krisis kewangan lalu, kini dan akan datang, anda pasti berasa malu dengan sikap sendiri dan akan menemui keberanian baru untuk menghidupkan kembali hidup anda  - kekayaan yang anda hanya dengarinya dalam kisah dongeng sahaja!
  5. Rich Dad’s Cashflow Quadrant - Edisi Bahasa Melayu / Robert T.Kiyosaki
    Menerusi buku Cashflow Quadrant ini, Robert akan mendedahkan rahsia bagaimana ilmu kewangan mampu membantu kita mencapai kebebasan kewangan tanpa perlu bekerja keras, malah membayar cukai yang sedikit berbanding mereka yang berhempas pulas bekerja siang dan malam. .
  6. Masa Untuk Emas / Azizi Ali
    Terjemahan daripada Get Into Gold: How to Invest in Gold Profitably while Avoiding the Traps. Paparan pengendalian pelaburan emas yang menguntungkan sambil mengelakkan kesilapan-kesilapan besar ketika melabur.
  7. Mencari Maut / Azizi Ali
    Buku ini menerangkan bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penyelewengan, skim cepat kaya dan lain-lain pelaburan durjana.
  8. Escape the Rat Race / Robert T.Kiyosaki
    Datang dalam pakej novel grafik, Rich Dad's Escape The Rat Race adalah pilihan yang terbaik. Permasalahan tentang kewangan dijelaskan dalam bentuk komik, menjadikan buku ini antara platform terbaik bagi pembaca khususnya yang baru berjinak-jinak tentang ilmu kewangan, serta ibu bapa yang mahu memperkenalkan ilmu kewangan kepada anak-anak. 
  9. Rich Dad’s Guide to Becoming Rich (Edisi Bahasa Melayu) / Robert T. Kiyosaki
    Terdapat pelbagai cara bagi menjadi kaya. Antara adalah dengan mempertingkatkan tahap literasi kewangan, kepintaran kewangan, dan kebertanggungjawaban ke atas diri sendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap hasil yang diperoleh, memastikan pembelajaran yang berterusan, dan memajukan diri sendiri dalam usaha menjadi manusia yang lebih baik. 
  10. Just Jerry Rizal Life As Is Myself, My Work & My Faith ( Azizan Osman ) / Jerry Rizal
    "An investor without investment objectives is like a traveler without a destination."
  11. Mudahnya Pelaburan Saham (Azizan Osman) / Mohd Asri Ahmad & Roslinah Laikoi
    buku ini mengupas 101 sebab mengapa perlu melabur dalam pasaran saham . Dengan membaca buku ini pasti pembaca akan terbuka mata hati dan minda untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu berkaitan dengan saham. Buku ini mengupas bagaimana hanya dengan melabur saham berpeluang untuk menjana keuntungan secara harian, mingguan atau bulanan dengan hanya perlu berada di depan komputer riba sahaja.
  12. Jom Melabur Secara Santai (Azizan Osman) / Mohd Asri Ahmad & Adibah Musa
    Buku ini ditulis dalam usaha untuk memberikan penerangan secara ringkas tentang bagaimana membuat analisa fundamental sesuatu syarikat. Ia ditujukan kepada mereka yang tidak memiliki asas dalam pemilihan saham. strategi-strategi yang diberikan melibatkan penilaian terhadap nilai sebenar sesebuah syarikat. ia telah digunakan oleh ramai pelabur-pelabur juatawan yang berjaya seperti Warren Buffet, Peter Lynch dan Benjamin Graham.
  13. Pelaburan Hartanah Tanpa Modal [Jootawan] / Saufi Karim
    Pelaburan hartanah ialah suatu pelaburan di mana anda membeli rumah atau premis perniagaan yang belum siap atau sudah siap pada harga yang lebih rendah. Di dalam buku “Pelaburan Hartanah Tanpa Modal” ini anda akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman kehidupan penulis yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi khusus buat bakal pelabur hartanah baru seperti anda.
  14. Rich Dad’s: Guide to Investing (Edisi Bahasa Melayu) / Robert T.Kiyosaki
    Buku ini bermanfaat kepada pembaca, sama ada pembaca mempunyai sedikit wang ataupun banyak wang bagi melabur, sama ada pembaca mempunyai pengetahuan yang sedikit ataupun pengetahuan yang banyak berkenaan pelaburan. Buku ini adalah berkenaan satu subjek yang kompleks namun ditulis dalam bahasa yang mudah. Ia ditulis untuk sesiapa sahajayang berminat menjadi pelabur yang berilmu dan berpengetahuan tanpa mengira berapa banyak wang yang kita ada.
  15. Increase Your Financial IQ - Edisi Bahasa Melayu / Robert T.Kiyosaki
    Menerusi buku ini, Robert T. Kiyosaki memberikan lima tip penting bagi menjana financial IQ, iaitu: Menambah wang , Melindungi wang ,  Membajet wang ,  Leverage wang  , Meningkatkan pengetahuan kewangan.
  16. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta / Shamsuddin Kadir & Ain Muhammad
    Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yang penuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dari awal jatuh cinta. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampu mengelakkan bakal pengantin daripada terjebak dengan episod masalah kewangan yang berpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suami isteri. Malah mengelakkan pasangan daripada hanya menjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hamba untuk sepanjang hayat.

Comments

Popular Posts