Resipi roti ini juga menghasilkan roti yang lembut!

Anamarza
0
Sebetulnya saya teringin untuk mencuba resipi yang satu ni sebab terpikat dengan penggunaan air daun pandan. Tapi sebab tiada daun pandan, buat jugak sebab nak tahu bagaimana roti yang bakal terhasil dari resipi ini.

Alhamdulillah, resipi ini juga menghasilkan tekstur roti yang gebu dan lembut.



Rasanya , untuk newbie yang baru nak cuba meroti dengan ulian tangan, boleh cuba resipi ini juga. Bukan setakat bahan yang digunakan dalam kuantiti yang sedikit , bahkan cara-cara yang dikongsi oleh pemilik resipi ini menggunakan kaedah ulian tangan. Oh ya, saya uli guna bread maker, mudah dan cepat (^_^)



Resipi yang saya maksudkan ialah resipi yang dikongsi oleh Puan Ida Osman di Facebooknya. Ada beberapa resipi roti yang dikongsi oleh Puan Ida cukup menarik untuk dicuba. Terutama roti benggali atau loaf bread. Setakat ni, saya tak pernah lagi buat roti jenis loaf ni. Ada masa nanti memang nak cuba buat jugak.



Orang kata kalau nak makan roti bakar cicah dengan kuah santan atau kuah durian lebih sedap jika roti itu ialah roti benggali atau paling tidak pun roti bantal/loaf bread. Kalau roti jenis roti sandwich tu kurang sikit.  Even kalau nak buat roti telur gegar pun, lebih sesuai menggunakan roti loaf tu. Tak tahu la sejauh mana kebenarannya tu. Sebab tu nak try buat nak cuba buktikan teori "Orang Kata" tu betul atau auta.



Resipi  ROTI  PANDAN
by Ida Osman

Note : ~ Resipi dibawah boleh menghasilkan 9 biji doh seberat 40gm setiap satu
          ~ Gandakn utk mndptkn kuantiti lebih

Bahan-bahan:

  • 200gm tepung roti
  • 3/4 sudu teh yis
  • 25gm gula pasir
  • 2 biji kuning telur
  • 25gm susu tepung
  • 80-85gm air sejuk* (bergantung saiz telur)
  • 4 helai daun pndan (blend dengan air dan dapatkan sukatan* seperti diatas)
  • 35gm planta
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali garam dan planta. Gaul hingga sebati baru masukkan garam dan planta
  2. Uli hingga berkilat dan lembut. Rehatkan 30minit
  3. Bahagikan doh ikut berat yang diingini dan bulat-bulatkn. Rehat lagi 10min
  4. Canai doh dan isikan inti. Tutup kemas dan letak dalam loyang
  5. Rehat 45minit
  6. Bakar suhu 180-190

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)