Sambal Belacan Paling Sedap katanya!

Anamarza
0
Ambil resipi sambal belacan ni dari Blog Azlita Masam Manis, dan menurut empunya blog, resipi sambal belacan ni antara resipi yang menghasilkan SAMBAL BELACAN YANG PALING SEDAP!!!


Teruja dengan testimoni tersebut makanya, saya pun mencuba la jugak resipi yang dikongsikan tu. Padahal saya ni bukan la penggemar sebarang jenis sambal, memang tak "pandai" nak makan nasi dengan apa jenis sambal sekalipun. Tapi suami pulak suka dengan certain sambal, dan sambal belacan adalah salah satu kesukaan suami. Tapi setakat suka je la bukan penggemar tegar . Walau macam mana pun ada certain masakan memang dia akan tanya ada buat sambal belacan sekali tak, terutama kalau masak kari ayam, En suami suka jika makan kari ayam digandingkan dengan sambal belacan.

Disebabkan faktor tu lah saya mencuba resipi ni.

Yup memang resipi sambal belacan ni SEDAP!!! dan punya keunikan dan kelainannya yang tersendiri. Kalau nak tahu camna rasa sambal belacan yang dikatakan paling sedap ni kena la cuba sendiri.. 



SAMBAL BELACAN CUKA AIR ASAM
Resepi oleh : Kak Raja
Rujukan : Hairul

Bahan-bahan :

  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu besar perahan air asam jawa
  • 2 cm belacan bakar
  • 1 sudu kecil cuka ~ supaya sambal belacan tahan lama
  • garam
  • gula

Cara Membuatnya:

  1. Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
  2. Boleh guna lesung batu atau boleh guna blender kering
  3. Enak di makan bersama asam pedas, lauk kari, sayur air atau masak lemak 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)