Kuih Keria yang cukup mudah untuk disediakan

Anamarza
0
Antara kuih tradisional yang agak mudah untuk dibuat. Tak memerlukan banyak bahan , yang penting kena ada watak utama nya iaitu keledek. Ada pelbagai versi resipi kuih keria ni;

  • Ada yang hanya menggunakan 2 bahan utama sahaja iaitu keledek yang sudah direbus dan tepung gandum sahaja.
  • Ada juga resipi yang menggunakan 3 bahan iaitu Keledek rebus, Tepung gandum dan sedikit tepung ubi.
  • Jika suka boleh juga ditambah sedikit kelapa parut disamping 2 bahan utama tadi ( Keledek rebus dan tepung gandum)

Kuantiti setiap bahan pula, mestilah kuantiti keledek tu melebihi kuantiti tepung, maksudnya kuih ni tak perlu guna banyak tepung sangat. Kalau tidak kuih keria akan menjadi keras jika banyak tepung digunakan. Cukup sekadar kita masukkan sedikit demi sedikit tepung sehingga adunan boleh di bentuk dan tidak melekat ditangan.

Trademark kuih keria ni semestinya berbentuk seperti donut iaitu bulat dan leper sedikit dan ada lubang ditengah. So, bila kita dah dapat adunan yang sesuai tidak melekat ditangan dan tidak terlalu keras (kes terlebih letak tepung), kita boleh terus membentuknya menjadi bentuk bulat bersaiz lebih kurang bola ping pong atau kecil sedikit. Kemudian ianya dileperkan dan dibuat lubang di tengah tengahnya. Mudah je kan!

Satu lagi trademark kuih ni ianya disira. Jika suka boleh pilih salah satu cara sira dibawah:

  1. Sira dengan Gula putih yang dimasak dengan sedikit air 
  2. Sira dengan gula melaka yang dimasak dengan sedikit air 

Cara untuk membuat sira untuk kuih keria ialah dengan cara gula dan air dipanaskan/dimasak dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih. Masukkan kuih keria dan kacau rata rata. (Sedikit tips untuk menjadikan sira gula tadi tahan lama dan tidak mudah cair ialah dengan cara menaburkan sedikit tepung gandum, apabila air gula tadi sudah bersalut rata di kuih keria). Kemudian kuih keria tadi perlu terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali untuk dihidangkan.


Nota Jejari : Suka kuih tradisional yang tak cerewet cara pembuatannya dan tak banyak menggunakan bahan camni.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)