Donut , satu lagi resipi yang berbaloi untuk dicuba

Anamarza
0
Satu lagi resipi donut yang mana hasil dari resipi ni juga tak mengecewakan. Pada saya resipi ni cukup-cukup sesuai dicuba jika ada lebihan kuning telur dalam peti sejuk. Mungkin ada yang rajin buat pavlova ke atau mana-mana kek/kuih yang hanya memerlukan putih telur sahaja, dari pada terbiar kuning telur tu tak tahu nak buat apa, boleh la cuba buat donut ni pulak. Untuk satu adunan donut menggunakan 250gm tepung, resipi ni memerlukan 2 kuning telur


So agak berbaloi jugak la kan resipi ni jika korang memang dah tak tahu nak buat apa dengan baki telur kuning yang ada.


Ikut pada resipi, empunya resipi lebih prefer guna yis basah. Setakat ni saya belum pernah cuba lagi mengadun adunan yang memerlukan yis dengan menggunakan yis basah. Teringin juga nak cuba, tapi tak berani lagi. Lagi pun Yis basahkan dijual dalam kuantiti yang agak banyak, so risau jugak jika tak kena cara penyimpanan yis tu akan mudah rosak. Kena gali ilmu penggunaan yis basah dulu kot baru berani nak cuba.


Ok la seperti biasa resipi dibawah ya. Cam biasa jugak saya menggunakan bread maker untuk proses menguli adunan. Ikutkan ada yang minta kongsikan gambar bread maker yang saya gunakan, InsyaAllah dilain entry saya akan kongsikan.


DONUT
Sumber : Pnut Syafinaz

Bahan-bahan:
  • 20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
  • 125 ml susu segar suam
  • 25 g mentega } dicairkan
  • 2 kuning telur
  • 250 g tepung gandum
  • 1-2 sudu besar gula castor
  • minyak utk menggoreng
  • gula castor secukupnya utk taburan
Cara membuat:
  1. Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
  2. Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati
  3. Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam
  4. Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
  5. Ambil penerap bulat, terap hingga habis
  6. Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min
  7. Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)