Chunky Cheesecake Brownies pulak... sedap!

Jika sebelum ni mencuba resipi "Brownies Coklat Kedut (Chocolate Brownies)" , kali ni try buat Chunky Cheesecake Brownies pulak. Gabungan Brownies Coklat dan Cheese ni memang perlu dicuba oleh peminat coklat dan juga cheese. Yang pasti pada saya Chunky Cheesecake Brownies memang sedap dan punya rasa tersendiri.


Semestinya ini bukan lah cubaan pertama, akan diulang buat lagi dan lagi. Tambah pulak, brownies ni agak mudah dan tak cerewet membuatnya. Memang sesuai la untuk ibu-ibu yang ada ramai anak atau ibu-ibu yang tak punya banyak masa kan.


Actually mana-mana resipi brownies pun, pada saya ianya agak mudah untuk dibuat berbanding dengan kek.  Tapi rasanya tak semua orang minat dengan brownies kan. Ada yang masih setia dengan kek, walaupun brownies sekarang ni dah macam menjadi fenomena , berdasarkan update kat facebook buat masa ni la.

Akan datang belum tahu lagi..


Ok la..pada yang nak mencuba resipi Chunky Cheesecake Brownies ni, resipi seperti dibawah ya;


CHUNKY CHEESECAKE BROWNIES
resepi: olahan dari allrecipes
Sumber : Izah Muffin Lover

Bahan-bahan

(Lapisan Cheese)
250 gram crim cheese
1 biji telur
1/4cawan gula halus
2 sb susu cair/segar
1/2 esen vanilla
1/2 cawan coklat chip

(Lapisan Brownies Coklat)
70 gram butter - saya guna tatura unsalted
1 cawan cooking coklat - saya guna 3/4cawan dark coklat
1/2cawan gula halus
2 biji telur
2/3 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla

Cara-cara membuatnya;
  1. Putar krim cheese bersama telur dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla dan susu. akhirnya kacau rata coklat chip. Ketepikan.
  2. Panaskan air dlm bekas besar hingga menggelegak. Kemudian tutup api. Letakkan bekas adunan atas air yang panas tadi danmasukkan butter dan coklat. Kacau hingga licin.
  3. Kemudian masukkan gula kacau sebati dan seterusnya telur. Kacau lagi.
  4. Akhirnya ayakkan tepung bersama bakingpowder dan garam. Kacau sebati lagi.
  5. Menggunakan bekas 9x9 yang di alas kertas baking, tuang 3/4 adunan coklat. Kemudian tuang pula adunan cheese. Lastly tuang lebihan adunan coklat. Tak perlu rata, tuang bercorak je.
  6. Bakar pada suhu 170 c selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.

Nota Jejari : Selamat Mencuba

Comments

Popular Posts