Cucur Nasi Ikan Bilis sedap jugak

Anamarza
0
Kes nak perabihkan baki nasi. Nak buat nasi goreng  macam tak cukup dan nak buat Apam nasi pulak malas nak tunggu ianya diperam. So decide buat Cucur Nasi Ikan Bilis je. Ikutkan dah lama usha-usha resipi cucur/cekodok/jemput-jemput Nasi Ikan Bilis ni, tapi tak terbuat-buat jugak. Tak tahu la apa yang jadi penghalang nak mencuba resipi yang satu ni pun tak tahu la. Padahalnya mudah yang amat untuk membuatnya.


Bukan setakat mudah nak dibuat, rasanya pun sedap. Mana la tak mudah kan resepi ni main masuk semua dalam blender pastu blend je. Cara saya buat lagi la mudah, sebab anak-anak tak suka daun sup mahupun daun bawang memang skip la bahan tu. Lada besar pulak ganti dengan cili padi pastu blend je sekali dengan bahan-bahan lain. Kalau rasa nak pedas lebihkan cili padi tu kalau rasa tak nak pedas letak 3 biji atau 5 biji pun dah ok.


Untuk versi asal resipi Cucur Nasi ni seperti di bawah ya;

CUCUR NASI IKAN BILIS
Sumber : Yatie memories

Bahan-bahan:
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya : 
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan-bahan yang dikisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan-bahan hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.


Nota Jejari : Selamat mencuba!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)