Bun kentang; tak la cerewet mana nak membuatnya

Dah lama sebenarnya nak buat bun kentang ni, tapi selalu rasa cam cerewet dan banyak step je nak membuatnya. Part yang paling melemahkan ialah nak kena rebus dulu kentang dan sos/filling kastard pun nak kena disediakan dulu. Sebab tu la asyik pendam je hasrat nak membuatnya, makan berkurun jugak la. Tambahan pulak tak pasti anak-anak akan suka atau tidak dengan jenis bun macam ni. Tapi sampai bila kan ?

Akhirnya terlaksana juga misi membuat bun kentang, dan ini la hasilnya;


Tak berapa ok... sebenarnya banyak yang tak ok.

  • Sos kastard yang tak berapa nak cantik, 
  • Permukaan roti yang kurang warna, nampak pucat mungkin faktor masa pembakaran yang singkat atau suhu pembakaran yang terkurang.


Walau apa pun rupa bun kentang ni, bagi saya dah cukup berpuas hati. Puas hati sebab akhirnya terlaksana juga hasrat nak membuatnya. Nest step perbaiki mana yang terkurang. Itu la namanya  "learning proses" kan, tak buat silap kita tak kan belajar untuk menjadi yang lebih baik.

Ok la untuk resipi saya rujuk resipi dari blog Bukan Sekadar Masakan @ Ros JIntan Manis.

Bun Kentang

Bahan-bahanya 
  • 350 gram tepung roti
  • 90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang) 
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. 
  • 150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar
  • 1/2 sudu besar marjerin atau butter
  • 2 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
  • sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti. (rujuk cara membuat kastard dibawah)

Cara membuatnya.
  1.  Boleh guna antara 2 cara dibawah untuk menguli: 
    • Jika Menggunakan bread maker (BM);-  masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, 
    • Jika tiada bread maker, boleh uli menggunakan tangan;- 
      1. masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.
      2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 
      3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
      4. Bentuk doh menjadi bebola kecil

  2. Bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 

  3. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . 

  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. 

  5. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, 

Sos Kastard

bahan untuk kastard
  • 2 sudu besar tepung bird custard
  • 3/4 cawan susu segar
  • 3 sudu besar gula

Cara membuatnya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.


Nota Jejari : selamat mencuba

Comments

Popular Posts