Doa Ketika Sakit

Anamarza
0
Zaman sekarang ni manusia mudah jatuh sakit. Selain berubat dengan mengambil ubat atau mengamalkan pengambilan makanan tambahan, salah satu cara yang kita boleh lakukan ialah dengan berdoa minta kesembuhan dari sakit yang kita alami. Dibawah, doa-doa yang boleh diamalkan ketika kita sakit;

Note : Untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan hal-hal perubatan , atau permasalahan lain berkait dengan hukum perubatan dan sebagainya, boleh dapatkan jawapan kepada persoalan masalah kalian melalui buku ;

( Klik link diatas atau gambar di bawah untuk membuat pembelian)


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم

إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه
ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ 
وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً
إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً


Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang,
nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca 
" Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, 
sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan
kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"
( Riwayat Muslim) 


كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين

ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق 

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ 
مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة 
رواه البخاري

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain 
berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) 
yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : 
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, 
daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa 
dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat"

( Riwayat Al-Bukhari)



Nota Jejari : Jom amalkan
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)