Kek Pisang Coklat Urai Kukus ( Limau nipis )

Anamarza
0
Dah banyak kali guna resipi kek pisang yang ada penambahan jus limau nipis, cuma kali ni buat kelainan sikit. Instead of bakar, saya kukus je adunan tersebut dan untuk menarik minat anak-anak saya letak coklat urai sekali.


Pada saya untuk resipi yang satu ni saya lebih suka versi bakar. Tapi tak bermaksud kek yang terhasil dengan teknik mengukus tak sedap. Rasanya tetap sedap cuma tekak ini lebih menyukai versi bakar itu sahaja.

Lagi pulak antara kek yang dibakar dengan kek yang dikukus jangka hayat kek bakar lebih tahan lama. Mungkin kek yang dikukus untuk tempoh yang lama mampu juga bertahan untuk satu tempoh yang lama namun ianya bergantung pada bahan yang digunakan jugak.

Tapikan tak kira la kek kukus ke kek bakar ke, kalau dah sedap dan ada tukang makan cepat je ianya akan dihabiskan . Betul tak?


Ok la jika kalian mahu mencuba kek pisang yang ada penambahan jus limau nipis tak kira la korang nak cuba versi bakar atau kukus, resipinya seperti dibawah ya :

Kek Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis
1sk esen vanila

Cara cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.

Nota Jejari : jika untuk versi kukus lebih suka guna resipi yang lain

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)