Roti Sosej dalam Baking Cups

Anamarza
0
Kesukaan budak-budak dan mak pak budak jugak kan?



Tapi rasanya tak semua budak-budak suka roti sosej camni .. mungkin ada sesetengahnya :
1. Memang tak makan sosej langsung so semestinya la takkan layan roti camni
2. Memang tak suka sos mahupun mayonis, perlu ada roti sosej kosong tanpa sos atau mayonis mahupun sayur sampingan seperti lobak / corn / peas means hanya roti dan sosej semata
3. Hanya makan sosej sahaja so kalau diberi roti sebegini memang akan tinggal roti atau pun jenis yang makan roti sahaja manakala sosejnya dibuang.
4. Jenis tak pandai nak makan campur, maksudnya dia makan sosej dan dia makan roti tapi bila gabungan sosej dan roti sebegini tak mampu menambat selera dia.

So anak-anak korang jenis yang macam mana, cerewet atau tidak bab makan ni?


Cam budak-budak kat rumah ni ada yang suka ada jugak yang jenis makan sosej sahaja tinggal roti ada jugak yang tak nak roti, tak nak sos cuma nak makan sosej sahaja( jenis yang ni nak kena sediakan roti kosong dan rebus sosej untuk dia sahaja- nanti pandai-pandai la dia makan keduanya)

Tak kisah la camna sekalipun ragam anak-anak yang penting dia orang nak makan kan. Ok la pada yang nak resipi , saya sharekan resepi roti sahaja sebab toppingnya tu kita boleh pelbagaikan gaya nak potong dua sahaja sosej ataupun nak hiris nipis jadikan macam mini pizza pun boleh .

Roti Asas
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta  dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.

Nota Jejari : seminggu sekali meroti jika rajin

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)