Roti Jala Lembut Sampai Ke Petang

Anamarza
0
Betul ke lembut sampai ke petang?

Tah tak sure la pulak betul ke tidak, sebab tak buat eksperimen pun. Biasa memang buat cukup-cukup untuk sekali makan je. Tapi menurut empunya blog yang saya ambil resipi ni begitu la seperti yang diwar-warkan. Resipi ini jika dimasak awal untuk persediaan jamuan, InsyaAllah ianya masih lembut dan sedap untuk dimakan.


Kalau nak diikutkan kat rumah ni roti jala memang kurang mendapat sambutan. Tapi sebab tukang masaknya memang suka makan roti jala so gigih jugak la membuatnya. Cumanya setiap kali menjala memang buat separuh dari adunan sahaja.

Pada korang la kan , korang lebih suka makan roti jala dengan kuah apa ya?

1. Kuah kari
2. Kuah gulai
3. Rendang
4. Kuah durian
5. Sardin

Atau ada gandingan lain yang korang biasa makan?



Ok la pada yang nak cuba buat sendiri dan teringin nak cuba try resipi yang satu ni, resipinya seperti dibawah ya :

Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning


Cara-cara:
1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


Nota Jejari : sekarang senang dah nak menjala sebab dah ada botol berpenutup yang mempunyai 5 lubang 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)