Pisang Goreng Cheese pelbagai versi

Anamarza
0
Rasanya demam pisang goreng cheese dah kebah kan?

Masa diawal populariti pisang goreng cheese mula meletup dulu  rata-rata tidak kira blogger masakan atau blogger biasa , samaada di facebook atau di blog ramai yang update tentang kesedapan menikmati goreng pisang cheese kan.

Bukan tu sahaja peniaga goreng pisang cheese pun muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan . Agaknya bila demam goreng pisang cheese dah suam-suam kuku ni masih ramai kah peniaga yang mampu bertahan dengan jualan pisang goreng cheese?

Sedangkan peniaga goreng pisang yang biasa-biasa pun mampu bertahan , asal kuat semangat dan bukan berniaga sekadar ikut musim pasti ada rezeki kan.

ok la, kat bawah ni pelbagai versi goreng pisang cheese yang saya dah cuba.

 Yang ni versi beli, sebab nak test market kat rumah ni laku tak versi pisang goreng ada taburan cheese camni.

 Bila dah rasa sedap , bila-bila terasa nak makan harus la buat sendiri kan. Yang diatas ni versi tabur cheese dan coklat rice sahaja.

 Yang ni pulak versi ceria. Ada penambahan taburan gula sedikit.

Yang ni pulak versi dengan susu pekat dan coklat .

Untuk resipi adunan tepung untuk menggoreng pisang tu pun pelbagai resipi jugak yang digunakan. 3 resipi adunan tepung yang saya gina seperti dibawah :

Resipi 1 ( Tahrunnisa Jali)

Bahan2 utk pisang goreng kruk krak..
Pisang ikutlah apa2 pisang pun
1 1/2 cawan tpg gandum
4 sudu besar minyak yang betul2 panas
sedikit garam
1 sudu besar air kapur
2 sudu gula
sedikit serbuk kunyit
Air secukup

caranya
1. masukkan tpg gandum, gula, garam, air secukupnya ..adunan ni pekat ye..
2. kemudian baru masukkan minyak panas ...kacau sebati
3. potong menyerong pisang nipis..(cara sayalah) terpulang kalau tuan puan nak potong mcmana janji jgn potong hancur ye..
4. celup pisang dlm adunan batter dan masukkan dlm minyak panas tadi goreng hingga ia garing dan keperangan..masukkan sikit2 baru dpt hasil gorengan yang rangup dan api dapur sederhana panas..
5. angkat dan toskan

Resipi 2 ( Hairul )

bahannya:
2 cwan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan kotak
1/2 sb baking powder
sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
2 sudu besar marjerin cair
air secukupnya
garam secukup rasa

Caranya:
Sebatikan semua bahan di atas kecuali marjerin cair. (marjerin yang dicairkan perlu benar-benar sejuk)
Di sarankan untuk menggunakan tangan supaya bahan sebati dengan sempurna dan dapat mengawal kepekatan adunan. Adunan perlulah pekat. Jangan cair. Setelah mendapat adunan yang elok kepekatannya,
masukkan marjerin cair yang sudah disejukkan tadi.


Resipi 3 ( Cendana Kasih )

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan tepung jagung
2 sudu besar butter/marjerin
2 sudu besar gula
sedikit garam
1/2 sudu teh kapur makan (dalam secubit)
pewarna kuning (jika suka)
air secukupnya


Cara-cara
-Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar semua bahan hingga halus.
-Boleh tapis kalau suka. Sedia untuk dicelup dengan pisang/keledek/keladi.
-Adunan jangan terlampau cair/pekat. Agak2 ler boleh salut kat pisang/keledek. Kalau adunan pekat sangat, nanti bila keledek dah sejuk, kuih jadi keras.


Nota Jejari : semua resipi menghasilkan goreng pisang rangup 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)