Pajeri Nenas versi sendiri

Anamarza
0
Entry masakan berasaskan nenas yang ke-3 untuk minggu ni. Kali ni masak Pajeri Nenas pulak, tapi versi sendirian berhad punya je la. Lain orang rasanya lain cara masak pejeri ni kan. Saya suka stail masakan yang macam ni:


Ni versi kuah pekat kering yang banyak. Sebab suka makan kuah yang macam tu. Time masak menu ni tak letak kerisik so rasa kurang kick sedikit. Kalau tengok gambar kat atas ni cam tak de rupa pajeri nenas pun kan, tak nampak nenas langsung dah  macam sambal goreng nenas pulak.


Belasah je la janji sedap kat tekak sendiri, dan sememangnya saya sorang je layan menu ni. Budak-budak kat rumah ni ambil kuah dia tu je.

Rasanya resipi versi saya ni lebih kurang sama je dengan resipi orang lain cuma saya keringkan sedikit kuah pajeri tu je. Ok la resipi seperti di bawah ya:

Bahan2 :
1 biji nenas sederhana
bawang merah dikisar
bawang putih dikisar
halia dikisar
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
gula merah
kerisik
udang kering ditumbuk
santan
Rempah ikan
garam

Caranya
1. Panaskan minyak tumis rempah 3 sekawan iaitu  bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih sekali dengan udang kering, halia , bawang putih dan bawang merah..
2. Kemudian masuk kan rempah ikan yang dah dibancuh dengan air .Goreng hingga masak dan sedikit garing.
3. Kemudiam masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masukkan nenas
5. Akhir sekali, masukkan kerisik
6. Biarkan.sehingga kuah tu pekat dan nenas lembut, ( make sure api jangan kuat ye..)


Nota Jejari : Apa lagi yang sedap dimasak bersama nenas ya... masak masam manis?

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)