Cucur Manis Kembung bulat-bulat

Anamarza
0
Biasa kalau buat cucur yang kembung bulat-bulat ni ada yang letak yis kan. Kalau yang letak yis tu teksture cucur yang terhasil lain sedikit. Satu lagi jika menggunakan yis memerlukan kita perap dahulu adunan untuk satu tempoh.

Jika korang suka cucur manis versi bulat-bulat dan mahu ianya disediakan dalam tempoh masa yang singkat, boleh la cuba cucur manis versi susu pekat manis ni pulak.


Untuk membuatnya tak memerlukan banyak bahan. Cuma 4 bahan sahaja yang diperlukan iaitu tepung gandum, air panas, susu pekat dan sedikit garam.


CUCUR MANIS KEMBONG
Sumber rujukan : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
2. Tuangkan air panas, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.
3. Biarkan doh sejuk
4. Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana. Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.
5. Bentukkan doh
Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat
  a) Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.
  B) Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

6. Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya
7. Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat
Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.
8. Sedia di nikmati.


Nota Jejari :  Sedikit malas nak comotkan tangan , so saya guna sudu sahaja...

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)