Tomyam Putih Makanan Laut (seafood)

Anamarza
1
Mula-mula dulu memang wajib la beli pes tom yam setiap kali keluar berbelanja barang dapur . Tapi sejak kenal dengan Tom yam putih dah tak beli dah pes tom yam. Rasa nak makan tom yam memang buat tom yam putih je dah. Kalau sesekali teringin makan tom yam biasa tu , usaha buat pes tom yam homemade la pulak sebab dah niat tak nak beli pes tom yam. Tu pun kalau rajin la kan, kalau penyakit malas datang tu rasanya masak tom yam putih je dah la...

Lagi pulak tekak anak-anak pun boleh terima tom yam putih. Cumanya kalau buat tom yam putih versi letak udang dan sotong aje ni diaorang setakat ambil kuah tom yam je la. Sebab nya anak-anak tak makan udang mahupun sotong.


Selalu kalau buat tom yam saya suka gandingkan dengan telur dadar tak pun ayam goreng kunyit. Cik suami pulak suka kalau tom yam putih ni dibuat pedas sedikit.

Cerita tentang tom yam putih ni, teringat pengalaman kitaorang makan tom yam putih di satu kedai makan, rasa masam kuah tom yam tu terasa lain seperti rasa masam dari jus lemon . Hmmm nasib la kan.

Bukan nak komplain masakan di kedai tu tak sedap. Even masakan sendiri pun tak da sesedap mana juga. Untuk tom yam putih resipi versi campak-campak ni saya just masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, cili padi, bawang besar, air, udang, sotong dan jus dari limau nipis serta garam secukup rasa. Pendek kata tom yam putih versi asal sedap ditekak kami ni lebih sedap jika nak dibanding dengan tom yam putih rasa lemon di kedai tu. Makan di kedai tak berbaloi jika makanan nya kurang sedap tapi mahal harganya. Tambahan pulak masak di rumah memang tiada tambahan msg atau pak aji.

Nota Jejari : walau masakan sendiri tak sesedap mana tapi kita tahu apa yang kita letak kat dalam masakan tu kan...

Post a Comment

1Comments

  1. Saya pun suka tomyam tapi tak pandai buat. Kongsi la resepi. :)

    ReplyDelete
Post a Comment