Cara report google street view rumah korang !

Anamarza
0
Negara kita pun dah start ada dalam Instant Google Street View. Khabarnya pihak google mengambil masa selama 13 bulan mengelilingi jalan-jalan di Malaysia untuk Google Street View ni.

Pada yang tak pernah cuba lihat Street View kawasan rumah atau kampung halaman korang, sila la type alamat , atau jalan , atau taman atau tempat yang korang ingin lihat di web .instantstreetview.com


Sekirannya korang rasa terancam dengan adanya view gambar rumah korang atau, no. plat kereta korang terpampar dalam view tu atau korang, anak atau keluarga korang ada sekali dalam paparan street view tersebut korang boleh buat report untuk di blurkan gambar yang berkaitan.

Caranya korang lihat di sebelah kanan bahagian bawah ( seperti gambar di bawah ni ) , korang akan nampak perkataan " Report a Problem " .



Korang klik je " Report a Problem " nanti akan terbuka satu tab baru seperti di bawah:

Pastu pepandai korang la nak report atau nak blur kan muka korang ke ( jika terpapar di dalam street view terbabit ) atau nak blurkan rumah korang atau kereta dan no. plat kereta korang ke kan.

Keberkesanan report ni saya tak pasti la pulak. tapi tak salah mencuba kan?


Nota Jejari : Dah try , nampak depan rumah dan kereta sekali...
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)