Pau Gebu dengan penggunaan telur dalam adunannya

Anamarza
1
Bila dah agak lama tak buat pau, mula la ada mulut-mulut comel yang berbunyi minta mama buatkan pau inti kaya. Selalunya permintaan akan ditunaikan jika ada inti kaya tak pun apa-apa inti yang ada .


Penggunaan tepung pulak, jika ada stok tepung khusus untuk buat pau memang akan digunakan. Tapi sekirannya tiada, guna tepung gandum pun boleh juga.

Untuk perkongsian resipi kali ni, saya menggunakan resipi yang ada penggunaan telur di dalam bancuhan adunan pau . Tepung pula saya hanya menggunakan tepung gandum sahaja. Saya juga menggantikan penggunaan lemak sayuran dengan minyak masak sahaja.


Pau yang terhasil menggunakan resipi ni memang gebu dan lembut. Walaupun tanpa ada bahan yang ditukar dan ada bahan yang tidak digunakan ( bread softener saya tak letak)

PAU GEBU DAN LEMBUT
Resepi Asal : noreen
Sumber : mimie

Bahan-bahan :
250 gm tepung pau atau tepung gandum
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula kastor
1 biji telur - tambah
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu teh bread softener - optional kalau tiada pun pau masih lagi gebu dan lembut
1/2 cawan air suam
inti pau secukupnya


Cara membuatnya :
1. Satukan tepung, yis, baking powder, gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan.
2. Ulikan sebati dengan memasukkan telur dan air sedikit demi sedikit
3. Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan
4. Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung-baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran.
5. Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 min atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM).
6. Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkan menjadi bulat.
7. Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.
8. Letakkan doh yang telah disiap di atas daun pisang atau kertas yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Buat sehingga habis.
9. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam.
10. Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah di masukkan doh-doh tadi dan kukuslah selama 10 minit.

Note: air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang gebu dan lembut


Nota Jejari : Suka pau inti kelapa

Post a Comment

1Comments

Post a Comment