Promot la camna sekali pun kata sedap ke best ke budak-budak ni setakat rasa aje la. Mungkin belum masa lagi diaorang nak minat desert camni kot. Harapnya satu masa nanti ada la seorang dua antara anak-anak mama yang minat makan puding. Time tu baru la seronok sikit mama nak membuatnya kan?
Untuk Fruit Coktail Pudding a.k.a Agar-agar buah-buahan koktail ni, rasanya kalau guna buah-buahan segar pun ok jugak kan. Kalau guna buahan dalam tin atau buahan koktail ni nampak cam pucat pulak kejadiannya. Lagi pun yang fresh itu lebih baik dari buahan yang ditin kan. Tul tak?
Ok la bagi yang berhajat untuk membuat agar-agar buah-buahan koktail, resipinya saya letak dibawah. Thanks pada puan empunya resipi atas perkongsian resipi yang sedap dan sejuk di tekak ni;
Agar Agar Buah Buahan Koktail
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan :
10 gram serbuk agar-agar
1 tin buah buahan koktail - tapis dan buang air
200 gm gula kaster (guna 150gm)
650 ml air
250 ml susu cair
Cara cara:
1. Masak serbuk agar agar, gula dan air sehingga agar-agar dan gula larut
2. Masukkan susu cair dan biar sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan buah buahan koktail.
3. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang/acuan yang disukai. Sejukkan seketika sebelum disejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Nota Jejari : waktu cuaca panas dapat makan puding sejuk-sejuk...bestnya
Resepi pun mudah..mesti sedap ni,boleh try buat nnti :)
ReplyDeletetq for sharing.
Boleh guna yg bukan serbuk tak kak?
ReplyDeleteBoleh guna tak bukan serbuk tak kak?
ReplyDelete