Jus Markisa dengan rasa lemak manis masam...

Anamarza
1
Jus Markisa ni minuman kesukaan 'En.Suami' saya. Kalau pergi kat satu kedai makan tu, air Jus Markisa ni la yang dia akan order. Sedap....

Masa pergi Cameron Highland baru2 ni berkesempatan beli buah ni kat sana. Bila dah ada stok buah markisa kat rumah , apa lagi tiap-tiap hari la buat jus.

Kat bawah ni bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Jus Markisa versi lemak manis masam.

Antara bahan yang diperlukan ialah :
1. Buah Markisa
2. Air Kosong / air masak
3. Susu pekat
4. Esen vanilla

Kesemua bahan di atas di kisar . Kemanisan bergantung pada selera masing-masing ya. Kalau tak suka susu pekat manis , boleh ganti dengan gula putih ( cuma kalau guna gula tiada la rasa lemak manis tu ya ). Jika mahukan lebih rasa lemak air kosong boleh diganti dengan susu cair.

Ni hasil selepas di blender.


Oh ya... terpulang pada korang nak tapis dulu atau terus tuang dalam gelas, asalkan time tuang tu tak tuang sekali dengan biji2 dia . Jus ni boleh dihidang dengan ais atau jika tak mahu letak ais boleh guna air sejuk dari peti ais masa nak blender atau boleh disimpan dahulu dalam peti sejuk sebentar . Pada saya minum tanpa disejukkan atau diletak ais pun sedap juga...

Nota Jejari : Cuba la.... Sedap!!!!!

Post a Comment

1Comments

Post a Comment