Awas! Bahaya ubat yang disimpan di dalam Peti Sejuk

Anamarza
3
Korang jenis simpan ubat demam anak-anak dalam peti sejuk?

Tak kira la apa-apa jenis ubat sekalipun atau samaada ubat tersebut sudah dibuka atau belum dibuka, sebaiknya sebelum diberikan kepada anak perhati semula luar dan dalam botol ubat tersebut. Tak nak la terjadi seperti kejadian di bawah ni :



" Allahurabbi tkejut ... anak murid dok btarungnyawa kat icu HUSM kubang kerian skarang ni. (27-8-2014). 
Bila kami tny mak dia apa y blaku..katanya..ank dia PENGSAN selepas diberi minum ubat demam yg dah lama jugak dok tersimpan dlm peti ais...dua bradik plak tu pengsan skali gus...tkejut jugak la bila ckp smpai mulut berbuih2...trus bawak g emegency spital HUSM doc masukkan dlm ICU..kata doktor ubat kalau lelama dok dlm peti ais jadi racun yg boleh membunuh.....
So nasib pelajar aku ng adik dia smpai skarang pun masih blm sedar lagi. masih koma... (petikan dari FB Adi manja)

Perkongsian ni bukan nak korang cari siapa yang salah. Perkara dah pun terjadi sebagai ibubapa kita ambil kisah diatas sebagai ikhtibar dan semoga kita lebih berhati-hati dalam memberi ubat kepada anak kita.

Apa yang kita boleh buat, if rasa perlu ada stok ubat demam sebolehnya simpan la ubat yang masih belum dibuka dan tarik luput masih jauh kehadapan. If nak juga simpan ubat yang sudah dibuka dan sudahpun digunakan pastikan :
  1. baca arahan atau saranan yang tertera pada label di botol atau kotak ubat .
  2. meletakkan ubat di dalam peti dan bukannya pada rak di pintu peti sejuk ( ini kerana suhu pada bahagian pintu sentiasa terganggu setiap kali kita membuka peti sejuk ).
  3. Jangan letakkan ubat yang boleh disimpan pada suhu bilik (pil atau kapsul) di dalam peti sejuk ( ia boleh menyebabkan ubat berkenaan lebih cepat rosak atas faktor kelembapan yang tinggi dalam peti sejuk akan membuatkan ubat berkenaan menjadi lembap walaupun bungkusannya tidak dibuka. Apabila kita keluarkan ubat dari peti sejuk, perubahan suhu (sejuk ke panas) akan membuatkan persekitaran dalaman ubat meruap dan menjejaskan mutu ubat berkenaan )
  4. Simpan ubat dalam bentuk sirap (ubat demam , ubat batuk dll) di dalam peti sejuk selama enam bulan. 
  5. pastikan ubat cecair atau sirap digoncang sebelum digunakan kerana dalam suhu yang rendah, kandungan ubat akan mendap.
  6. Biarkan ubat dalam bekas asal. Jika ia didatangkan dalam bekas berpelekat (seperti ubat parasetamol) jangan ubah ke dalam botol kerana ia menandakan ubat berkenaan perlu disimpan dalam persekitaran yang sejuk dan kering. Menyimpannya dalam botol boleh mengurangkan keberkesanan ubat kerana ia terdedah kepada kelembapan dan udara.
  7. Jangan menyimpan beberapa jenis ubat dalam satu bekas.
  8.  Jangan simpan ubat dalam beberapa jenis ubat dalam beg plastik. Ubat berkenaan boleh pecah dan mengurangkan kesannya.
  9. Sentiasa simpan ubat di tempat yang kering dan sejuk serta jauh daripada cahaya matahari.
  10. Elak meletakkan kotak ubat di tempat yang mempunyai suhu terlalu sejuk (kecuali jika diarahkan berbuat demikian seperti dalam peti sejuk. Anda juga perlu pastikan sama ada ia perlu disimpan di tempat dingin beku atau sejuk).
  11. Jangan simpan ubat di tempat panas (termasuklah dalam kereta) kerana suhu yang terlalu panas boleh memusnahkan bahan aktif dalam ubat.
  12. Tutup bekas ubat kemas dan ketat sebelum disimpan
  13. Pastikan ubat tidak rosak atau tiada bendasing dalam botol ubat tersebut pada waktu ianya ingin disimpan.
  14. Baca label ubat beberapa kali dengan teliti sebelum memberikan ubat kepada anak terutama pada waktu tengah malam.
  15. Pastikan ubat yang ingin diberikan kepada anak adalah ubat yang betul, terutama jika terdapat 2 atau lebih botol ubat yang sama bentuk, warna diletak berdekatan. Baca label / jenis ubat dengan teliti untuk mengelakkan tersalah memberi ubat.
  16. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
    i. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
    ii. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda
    iii. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
    iv. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
    v. ubat tits mata yang tidak habis dipakai.

Perkara yang perlu anda lakukan apabila berlaku keracunan ubat?
  • Sebahagian tanda-tanda keracunan berlaku dengan segera. Antaranya ialah rasa mengantuk, keletihan, pening, loya, muntah, sakit perut, susah bernafas, kegelisahan, dan hiperaktiviti.
  • Sekiranya anda mengesyaki anak anda termakan ubat-ubatan berlebihan, tenangkan fikiran dan jangan panik.
  • Cari bekas ubat berkenaan untuk memudahkan ubat dikenal pasti daripada label yang tertulis.
  • Telefon doktor anda atau Pusat Racun Negara di 04-6570099 atau talian kecemasan 911 dengan segera.
  • Jangan beri makan atau minum sesuatu sebelum mendapatkan nasihat atau arahan dari doktor anda atau Pusat Racun Negara.
  • Sebelum menelefon, pastikan anda bersedia dengan maklumat-maklumat berikut:
    • Berat badan, umur dan sebarang penyakit yang dihadapi oleh anak anda.
    • Nama ubat berkenaan yang boleh dibaca dari label bekas ubat.
    • Jumlah ubat yang diambil oleh anak anda
    • Masa ubat ditelan
    • Tanda-tanda yang dialami
    • Bantuan kecemasan yang telah diberikan.
Maklumat-maklumat ini penting untuk membantu mengenal pasti jenis racun yang terlibat, risiko yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak tersebut serta mempengaruhi kaedah perawatan yang akan dicadangkan.

Nota Jejari : Kena sentiasa berwaspada...

Post a Comment

3Comments

  1. Dalam peti ais rumah saya banyak juga ubat.. ada yg dah buka, ada yg belum.
    Elok buangkan je yg dah dibuka lebih dari seminggu.. kan?

    Kami ni kadang2 pi klinik just nak tau samada sakit tu serius atau tak..kalau tak serius, kadang2 tak makan pun ubat yg doctor bagi.

    ReplyDelete
  2. Ubat selepas bduka,brapa lama boleh dgunakan...ubat demam ank umur stahun10bln

    ReplyDelete
Post a Comment