Kuih Lapis pelangi

Anamarza
0
Kuih lapis lagi...

Kali ni mencuba resepi yang lain pulak. Hasilnya...


Tapi yang ni tak boleh la nak makan lapis by lapis macam hasil kuih lapis dalam entry yang sebelum ni " Kuih Lapis : suka makan lapis by lapis " . Mungkin faktor adunan tercair sedikit (tak ikut sukatan resipi betul2 ) plus setiap lapisan dikukus sekejap sahaja sebab kejar masa. Mungkin la kan...

Tapi rasa kuih ni tetap sedap...

Cuma...

Budak-budak kat umah ni kurang teruja sangat nak makan. atas faktor lembik sedikit dan tak boleh nak leraikan lapis by lapis tu. Sabar je la


Bagi yang nak mencuba resipi dibawah ya :

Kuih Lapis Pelangi
Resepi : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku.

Bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning

Cara Penyediaan :
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).


Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.


Nota Jejari : Selamat mencuba!!!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)