Tips Cara Tegur Dan Cara Kawal Marah Anak

Anamarza
0
Satu perkongsian buat ibu-ibu yang suka marah-marah anak.. Harapnya dengan perkongsian ini kita belajar untuk menjadi seorang ibu yang lebih baik dalam mencorak anak-anak kita ya.

Mungkin untuk permulaan kita rasa sukar untuk berubah tapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa kan ?


Perlu diingat!!!

~ Ketahuilah, anak yang selalu dimarah, dilontarkan kata-kata negatif akan menjadi anak yang degil atau anak yang penakut. Jika anak itu telah lama sangat terdedah dengan kemarahan, maka dia hanya akan tahu bertindak bila dia dimarah

 ~ Disebaliknya, anak yang sering dihargai dan ditunjukkan kefahaman dan kesabaran dengan perangainya, akan menjadi anak yang mudah untuk mendengar kata dan mudah untuk memberi kerjasama.

Mungkin ada ibu bapa yang berasa putus asa bila hendak berubah kepada menjadi lebih sabar kerana mereka menghadapi masalah anak tidak mendengar kata bila mereka berlembut. Hal ini mungkin terjadi disebabkan si anak telah lama sangat terdedah dengan kemarahan, maka dia hanya akan tahu bertindak bila dia dimarah.

Cara mengatasinya bukan dengan kembali kepada cara memarah, tetapi dengan cara slow talk. Bersemuka la dengan anak dan nyatakan kepada anak itu bahawa anda mahu mengubah cara demi kebaikan dia dan anda. Nyatakan matlamat yang hendak anda dan dia capai untuk kebaikan pertalian anda. Minta kerjasama dia. Anak mudah bekerjasama.


Tips Bagaimana Cara Tegur Dan Cara Kawal Marah Terhadap Anak Bila Dia Buat Kesilapan Sekaligus Jadikan Anak Lagi Hormat Dan Sayang Kepada Kita.

1- Tegurlah perbuatan bukan diri anak itu. Jangan kata perkataan macam ni ' Kamu ni memang jahat!' atau " kamu ni semakin nakal" kerana ini menuduh dan mengidentitikan diri anak itu. Katalah perkataan seperti ini,' Janganlah berperangai tidak baik macam tu...sayang anak yang baik kan'

2- Guna senjata marah ini pada tempat-tempat yang tertentu saja. Jangan asyik marah. Senjata tu dah jadi tidak kuat kesannya.

3- Sebelum marah akan sesuatu perbuatan, pastikan anak sudah jelas bahawa perbuatan itu salah. Sudah diterangkan berkali-kali. Anak-anak dibawah 4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk faham, sebab perkembangan otak belum maximum.

4-Bila marah gunalah sandwich method :
Tujuan Sandwich Method Ialah :

  • Supaya jati diri anak tidak tercalar.
  • Anak mudah memproses kata-kata kita dan menerima sebab kita memberikan sangkaan yang baik.
  • Apa yang bukan mengenai method ini ialah ia BUKAN untuk kita manipulate atau reverse psychology.

Cara Sandwich Method Ialah

1- Ingatkan anak akan kebaikan yang telah dia lakukan.
2- tegur PERBUATAN yang salah itu.
3- Beri harapan bahawa dia boleh membetulkan diri.

Contoh: Situasi Anak Malas Menolong.

'Hari tu kan, Mama happy sangat sebab sayang tolong mama angkat barang berat tu. Tangan sayang kecil lagi tapi sayang kuat. Happy sangat mama rasa. Itulah sebabnya Mama sedih sikit hari ini sebab sayang tak mahu kemaskan katil sayang ni. Perbuatan menyemak bilik ni tak baik, sebab nanti banyak pest, udara tak segar. Memanglah kadang-kadang kita letih. Dan mungkin sayang letih sekarang ni. Okay, mama bagi 10 minit untuk rehat, lepas ni mama yakin sayang boleh kemas dengan baik, macam sayang angkat barang berat tu. Sebab sayang ni suka menolong.'

5- Beri ruang untuk anak memproses apa yang ditegur itu. Setelah anak agak tenang, nyatakanlah kasih anda kepadanya dan keyakinan anda bahawa dia boleh membetulkan kesilapannya. Serta nyatakan kasih anda.

6- Elaklah mengatakan kata-kata begini.."mak marah ni sebab mak sayang..' semasa tengah memarahi anak. Ini langsung tidak berkesan untuk anak-anak zaman sekarang.

Mungkin ada dikalangan ibu-ibu yang berpendapat dia tak de masa nak bercakap-cakap secara lembut dan memerlukan penyusunan ayat seperti " Sandwich Method " dengan anak atas pelbagai alasan seperti letih, tiada masa dan lainnya. Bagi mereka marah saja, tentu anak itu akan buat. 

Tapi...

Fahamkah korang dengan konsep tanam padi tumbuhlah pokok padi...tanam kesabaran tumbuhlah kesabaran. Tanam marah yang meruntuhkan....boleh ke tumbuh di dalam diri anak itu kesabaran ?

Setiap kali anda rasa nak marah anak anda , cuba fikirkan semula rasa keseronokan dan kebahgiaan kali pertama anda menatap wajah anak anda sebaik dia dilahirkan. Fikirkan juga perkara dan perbuatan baik yang pernah dia buat dan cuba cuba catit berapa kali anda menghargai apa yang anak anda buat. Jangan sibukkan perangai negatifnya. Cuba Fokus kepada kualiti positifnya.

Fikir-fikirkan!!!!

Sumber : FB Page Prof. Dr. Rozieta Shaary

Nota Jejari : Akan cuba perbaiki diri....

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)