AWAS! Beautiful Slim Body mengandungi sibutramine

Anamarza
0
Just entry perkongsian berkaitan produk tidak berdaftar yang juga telah disahkan mempunyai racun berjadual "Sibutramine". Info produk seperti dibawah ya :

So pada yang berkenaan sila take note dan ambil tindakan segera untuk tidak lagi menggunakan atau menjual produk ini ya!!!!

 
PRODUK TIDAK BERDAFTAR:
BEAUTIFUL SLIM BODY
Diskripsi produk


Supplemen tambahan dalam bentuk kapsul berwarna hijau.
Indikasi pada laman sesawang

Sebagai supplemen tambahan

Ramuan pada laman sesawang

Xianxiancao, Jobstears,
Artemisia Ranunculus,
Psylliun Husk,
Bamboo Shoot,
Lotus Leaf,
Poria, Ke Laguo,
The Guttiferae Plant,
Kumquat and Trigonella Foenum

Cara makan

1 kapsul diambil semasa perut kosong sebelum sarapan.


Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM telah mendapat maklumat bahawa pihak regulatori Australia, Therapeutic Goods Administration (TGA), telah mengesan produk ‘BEAUTIFUL SLIM BODY’ mengandungi bahan racun berjadual sibutramine.

Sedikit Info berkaitan Sibutramine
  • Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti. 
  • Ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular. 
  • Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalahpeningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur.

PERINGATAN !!!!!

Jika korang sedang menggunakan produk “Collagen Slim” adalah dinasihatkan supaya SEGERA menghentikan pengambilan produk ini atas sebab risiko penggunaannya yang boleh memudaratkan kesihatan. 

Korang juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan produk-produk kesihatan yang banyak dipromosikan melalui penjualan internet.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.


korang juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.



Nota Jejari : Berhati-hati ketika memilih dan membeli produk online.. pastikan ianya berdaftar dan bukan produk tiruan

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)