Akar Siti Fatimah

Anamarza
0
Korang tahu tak camna rupa Akar Siti Fatimah?

Mungkin ada yang kenal dan tahu apa kegunaan akar tersebut dan mungkin juga ada yang tak tahu.

Pada yang tak tahu , kat bawah ni la rupa Akar Siti Fatimah :


Saya pun , masuk anak ke-4 baru la kenal dan berpeluang pegang Akar Siti Fatimah ni. Kegunaaannya ?

Ada orang kata :

  • ianya boleh digunakan sebagai air selusuh  ( dengan cara merendam akar tersebut ke dalam air )
  • Sebagai petunjuk sebesar mana dah pintu rahim terbuka ( tak tahu la sejauh mana kesahihannya)
  • Sebagai satu cara untuk memudahkan proses kelahiran , dengan cara jadikan air selusuh atau air rendaman akar ini boleh juga dibuat mandi atau disapu ke perut.
Jika berhajat untuk buat air selusuh , seeloknya :
  • Hanya diminum setelah masuk dewan/bilik bersalin bilamana bukaan pintu rahim telah sempurna atau hampir sempurna ( bila terasa dah nak bersalin sangat) - Pernah tak korang terbaca satu perkongsian di FB berkaitan air rendaman Akar siti fatimah tidak dibenarkan diminum oleh ibu yang sakit nak bersalin oleh pihak hospital kerana dikatakan penyebab kematian bayi dalam kandungan disebabkan ianya diminum sebelum waktu yang sepatutnya. Tak tahu la kesahihan cerita tersebut. Tapi elok berhati-hati la kan bagi yang ingin menjadikan air rendaman akar tersebut sebagai air selusuh,
  • Bersihkan/basuh dulu akar tersebut sebelum direndam. Bagi menghilangkan debu atau kotoran yang mungkin terlekat pada akat tersebut.
  • Niat untuk jadikan air rendaman tersebut sebagai air selusuh.
Apa rasa , warna dan bau air rendaman Akar Siti Fatimah ni ?

Rasa air rendaman ni tak tahu la camna. Sebab saya tak cuba minum pun. Orang dah bagi Akar tu saya rendam je la, tapi amalnya tidak... hihihi 

Tapi bau dia memang hanyir sikit la. dan warna air rendaman tu pulak keruh. Untuk pengetahuan korang yang tak pernah tengok akar ni, akar ni bila direndam ianya akan kembang. Orang kata rupa akar ni time kembang sama macam urat-urat yang ada pada uri . ya kot lebih kurang cam urat pada uri ...



Nota Jejari : Dari anak pertama sampai yg ke 4 tak pernah minum air selusuh pun. Tah mungkin bukan kebiasaan dalam keluarga kot....

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)