Tungku Berpantang Yang Menjadi Pilihan

Anamarza
0
Zaman moden rasanya semakin ramai yang tak amalkan bertungku kan. Terutama bagi yang berpantang sendiri. Saya ?

Ikutkan memang rasa agak cerewet nak bertungku ni. Tapi memandangkan keempat-empat anak semuanya kena kuning memang tak dapat la nak makan apa-apa ubat / herba untuk wanita selepas bersalin. So salah satu alternatif untuk cepatkan pengecutan rahim ialah dengan cara bertungku.

Tu pun untuk anak yang keempat ni seminggu selepas bersalin baru la berpeluang nak bertungku bagai. Nak buat camna, kali ni dapat pakej 4 hari 3 malam menginap di hospital atas sebab bacaan kuning anak tinggi. Bermula hari ke-3 sampai hari ke 6 berkampung di hospital. Even dah balik ke rumah pun still tak bertungku juga lagi, adat orang berpantang sendiri, bila tiada yang mengingatkan jadi terlupa dan bertangguh sahaja.

Sekarang bila dah pertengahan minggu kedua baru la sedar diri sikit. Tu pun tak disiplin mana, ada masa pagi dan petang bertungku ada masa petang sahaja.

Korang pulak masih amalkan bertungku dalam tempoh berpantang ? Kalau ya pilihan tungku yang mana menjadi pilihan korang?


  1. Tungku Batu sungai
    Merasa la jugak bertungku dengan tungku batu sungai milik mak kat kampung. Tapi tak disiplin mana pun bertungku masa tu.

  2. Tungku Herba
    Time anak kedua kot try beli tungku herba ni. Tapi hidung tak berkenan pulak bau herba. So tak jalan mana jugak bertungku guna tungku ni . Memilih sangat.....

  3. Tungku Besi
    Ada niat nak try. Sebab berpantang sendiri kan. Tapi lama sangat timbang tara antàra nak beli atau tidak. Last-last sampai dah bersalin.. tak terbeli-beli jugak...

  4. Tungku Tanah Liat
    Pun sama tak habis fikir nak beli tungku tanah liat ni ke atau nak beli tungku besi. Last-last dua-dua tak beli...
  5. Tungku Moden
    Masa pregnant kan anak ke-3 dulu pernah terniat nak beli. Sebab macam mudah je nak handle tungku moden ni kan. Just charge je untuk kasi dia panas. Tapi sebab asyik berkira-kira nak beli secara online atau nak beli di kedai last-last tak beli . Then ada terbaca dekat satu blog, tragedi tungku moden ni yang mana tungku ni meletup masa tengah charge sampai anak dia terkena percikan air dari tungku tersebut. Pas baca kisah tu terus tak kisah nak beli dah tungku moden ni...



Nota Jejari : guna botol kaca/aluminium/besi (stainless steel) yang diisi air panas pun boleh jugak...
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)