Apa yang anda makan dan minum memberi kesan pada ubat yang anda ambil

Pernah tak korang dengar kalau ambil atau makan ubat jangan ambil/minum sekali dengan susu atau minuman berkafein seperti teh mahupun kopi ?


Actually bukan sahaja susu atau minuman berkafein sahaja yang boleh memberi kesan pada keberkesanan ubat yang kita ambil, tapi ada beberapa makanan/minuman lain juga seperti :
  • Susu atau produk tenusu lainnya
  • Kopi
  • Teh
  • Jus oren
  • Cokes dan minuman bergas yang berkafein
  • Alkohol
  • Sayuran hijau dan makanan/sayuran/buahan yang mengandungi vitamin K
  • Ginseng
  • Coklat
Ada sesetengah makanan/minuman jika dimakan/diminum sekali dengan ubat boleh menyebabkan :
  • Mengurangkan atau menaikkan keberkesanan sesuatu ubat
  • Menyebabkan kesan sampingan
  • Menghalang ubat dari berfungsi atau memberi kesan yang sepatutnya
Bagaimana pula dengan pengambilan ubat sewaktu perut kosong atau selepas makan, adakah ada perbezaan ?

Untuk makluman ada sesetengah ubat elok diambil sewaktu perut kosong. Manakala ada sesetengah ubat pula elok diambil sewaktu perut kenyang/penuh. Sebab itu amat penting untuk kita melihat info yang tertera pada label bungkusan/botol ubat samaada ubat tersebut perlu diambil sebelum makan atau selepas makan. Samaada perlu diambil sejam selepas/sebelum makan. Jika tiada dinyatakan pada label makanan, sila la dapatkan nasihat/pandangan dari doktor atau pun ahli farmasi.






Nota Jejari

Comments

Popular Posts