Sf beauty krim siang dan malam mengandungi Merkuri

Anamarza
0
Pertanyaan melalui kotak pertanyaan/kemusykilan di bahagian sidebar blog Sumarz.com seperti berikut :

"...nak tanya pasal sf beauty krim siang dan malam.betul ke tak boleh d gunakan ye?"

Pertama-tama sekali minta maaf pada cik/puan Rodziah atas kelewatan menjawab pertanyaan tersebut. Mungkin cik/puan Rodziah telah pun menemui jawapan. Tapi rasanya tak salah kalau saya jawab pertanyaan tersebut untuk makluman kepada yang tercari-cari info berkaitan kedua-dua produk tersebut.

Info berkaitan pembatalan notifikasi produk SF Beauty Night Cream dan SF Beauty Day Cream seperti dibawah :

Bil
Gambar Produk    
Nama produk         
No.notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
Pemegang Produk
Pengilang
Label
1.
 
SF Beauty Night 
Cream (Facial)
NOT120602462K
Mercury  
 SF Infinity Resources Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)  PDF. 135KB 
2.
 
SF Beauty Day 
Cream (Facial)
NOT120602461K
Mercury 
 SF Infinity Resources Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)  PDF. 135KB

Note : Untuk makluman info diatas juga ada di entry " Senarai Produk Kosmetik yang disenarai hitam oleh KKM as at Disember 2013 " atau terus ke laman web BFPK " Produk Kosmetik Yang Di Batalkan notifikasi atas isu campurpalsu " .

Untuk membaca kenyataan akhbar berhubung pembatalan kedua-dua produk tersebut sila klik link dibawah :

http://portal.bpfk.gov.my/aeimages//File/press_release_-Alert_11-04-2013-edited_12_apr_2013_BM.pdf

Sedikit penerangan berkaitan bahaya merkuri sepertimana yang telah diterangkan didalam petikan kenyataan akhbar tersebut :
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri dengan tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan.  
Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyebabkan :

  • Kerosakan pada buah pinggang
  • Kerosakan sistem saraf
  • mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. 
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.
Penggunaan produk menggandungi merkuri boleh juga menyebabkan :
  • ruam , irisatsi dan perubahan lain pada kulit.


Nota Jejari : Macam-macam produk kecantikan ada dipasaran, pilih dengan bijak jangan guna produk yang sudah disahkan berbahaya!!!!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)