Roti lembut gebu yang mudah dibuat

Sejak Bread Maker dah dibaiki ni, memang rajin sikit la nak merotinya. Tambah-tambah pulak bila anak-anak layan makan. Siap berebut lagi.

Setakat ni resipi dibawah ni dah banyak kali dibuat. Mungkin faktor bahan yang mudah dan  tak payah nak perap banyak kali. Lagipulak dengan bahan yang sedikit tanpa ada penggunaan bread softener atau bread improver roti tetap lembut dan semestinya sedap di tekak kami la kan.

Saya suka resipi yang tak memerlukan banyak bahan ni. Terutama kalau tak de penggunaan bread softener mahupun bread improver.


Lagipun bila guna resipi ni saya memang tak ikut resipi 100% . Selalu derhaka bab penggunaan susu tepung tu. Ni gara-gara asyik lupa nak beli susu tepung la ni. Anak-anak kalau jenis yang minum susu tepung tak jadi masalah la kan? saha-sah stok susu tepung ada kat rumah.

Tapi bila anak-anak tak minum langsung susu tepung memang tak akan ada stok susu tepung la kat rumah. Selalunya kat rumah ni ada stok susu segar dan susu pekat manis je. So memang belasah guna salah satu dari susu tu je la. Ada masa guna susu segar ada masa guna susu pekat manis. Hasilnya tetap lembut jugak, cuma kalau guna susu pekat manis tu akan lebih la manisnya roti ni (kes tak kurangkan dah sukatan gula ), bertambah-tambah manis sebab kebiasaannya memang buat roti manis yang ditabur gula diatasnya (^_*)

Okey la pada yang nak cuba boleh semak resipi dibawah ya:


Roti Lembut Gebu
Sumber : Anie Japri FB
Sumber : mas-dapurmas

Bahan :
500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)


CARA:

MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..
MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2

Cara Mas ( Guna Mixer ) :
Mas satukan semua bhn2 kering kecuali marjerin dalam bowl.
Putar perlahan hingga adunan sebati baru masukkan marjerin..
Uli hingga doh licin dan elastik...
Mas terus keluarkan dari mixer dan uli sedikit dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu atas doh dngan susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin..
Sedia dimakan..



Nota Jejari : selamat mencuba

Comments

Popular Posts