Muffin Jem Strawberry

Anamarza
0
Muffin jem strawberry ni menggunakan resipi yang pernah dikongsi sebelum ni.


Ikut resipi asal guna Fresh Blueberry ( Rujuk entry " Fresh Blueberry Muffin " ) . Kali ni saje je la tukar fresh blueberry kepada jem strawberry pulak. Tapi rasanya guna fresh bluberry lagi best dan muffin yang terhasil pun lebih cantik kejadiannya. Mungkin kalau guna fresh strawberry hasilnya hampir sama dengan muffin blueberry segar hari tu kot.

Anak yang sulung pun cakap, muffin blueberry hari tu lagi sedap dari muffin yang ni. Tak kisah la tu, kurang sedap je bukan tak sedap langsung (^_*)


Okey la pada yang nak cuba saya CnP semula resipi dibawah :

Fresh Blueberry Muffin a.k.a Grandmother Hinckley's Bluberry Muffin
Sumber : azie kitchen

Bahan bahan:
  • 3 sb butter
  • 2/3 cawan gula kaster
  • 1 biji telur - pukul
  • 1/2 cawan susu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries - Tukar dengan jem strawberry secukupnya ( letak diatas adunan yang telah dimasukkan ke dalam cawan kertas)
  • 1 sk vanilla extracts (saya tambah)
  1. Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.
  2. Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam.
  3. Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.
  5. Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya. Kalau tak suka, pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejukkan atas redai.

Nota Jejari : Selamat mencuba

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)