Resipi kek span yang selalu digunakan

Sebelum ni memang tak berapa minat nak buat kek span. Tapi sejak popularnya snowcheese cake dan kek cheese leleh, memang dah banyak kali jugak la membaking kek span. Tuk makan sendiri ya jugak dan Alhamdulillah ada terlekat rezeki tempahan untuk snowcheese cake.

Actually sebab musabab tak berapa berkenan nak buat kek span ni sebab rata-rata resipi ada penggunaan Ovallete. Saya kalau bab-bab produk seperti ovellete ke krim of tar tar ke memang kurang berminat sikit nak guna.

Setakat ni kalau buat resipi kek yang ada penggunaan krim of tar tar memang saya tak letak dan Alhamdullilah kek tetap menjadi dan menepati kehendak si pembuat nya la kan. Dan mana-mana resipi yang juga ada penggunaan ovellete, sebolehnya saya tak guna ovellete, mungkin ada kelainan dari segi hasil tapi tak kisah la asalkan kek yang dihasilkan tetap gebu dan lembut pada mata dan anak tekak si pembuat dan si pemakan.

Okey la berbalik pada resipi kek span yang saya selalu gunakan, resipi dibawah ni la yang selalu dibuat. Ikut pada resipi memang ada penggunaan ovellete, tapi saya tak letak. Selalunya saya akan ganti ovellete tu dengan susu pekat manis je.

Dan ini la hasil kek span yang menggunakan susu pekat manis pengganti ovellete....


Dan resipi dibawah ni , resipi asal oleh Chef Noraini Zakaria ni la yang selalu saya gunakan. Suka resipi ni sebab kek tetap lembut walau dah duk dalam peti sejuk....

KEK SPAN VANILA
Resepi Asal : Chef Noraini Zakaria
Sumber : Noorsha

Bahan-bahan
  • 125 gm gula kastor (Noorsha guna 100gm saja)
  • 10 gm ovellete
  • 4 biji telur Gred A
  • 100 gm tepung kek @ self rising flour
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 st baking powder
  • 40 gm air
  • 1 st esen vanila
  • 60 gm minyak masak @ sayuran
  • sedikit emulco strawberry, pandan dan coklat


Cara membuatnya :
1. masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak dan emulco pilihan. putar pada high speed level hingga adunan menjadi putih dan gebu.
2. masukkan minyak masak dan gaul sebati dengan spatula sahaja..jangan gunakan mixer sebab adunan kek yang diputar tadi akan jadi bantat kalo kacau minyak guna mixer ni..
3.bahagikan kepada 3 adunan sama banyak dan masukkan sedikit emulco pilihan bagi setiap bahagian. kacau perlahan menggunakan sudu hingga sebati.
4. gris loyang 8x8 dengan butter, masukkan adunan pertama dan bakar pada suhu 130 - 150 C selama 10 - 15 minit. apabila masak, terbalikkan atas redai dan bakar pula lapisan seterusnya menggunakan loyang yang sama.
5. apabila sejuk, kek sedia untuk dihias.

Okey la pada yang nak cuba terpulang pada korang samaada nak kekalkan penggunaan ovellete atau gantikan ovellete dengan susu pekat manis.




Nota Jejari : Selamat mencuba.....

Comments

Popular Posts