Pray For MH370

Anamarza
0
Kehilangan pesawat MAS MH370 benar-benar satu misteri. Bermacam spekulasi timbul dan pelbagai pertanyaan yang masih belum terjawab :

1. Kalau dirampas, apa tujuannya? Mana tuntutannya?
2. Kalau ada masalah, mendarat di mana-mana, mana panggilan kecemasannya?
3. Kalau meletup atau terhempas, mana serpihannya?

Sekarang ni apa yang boleh dikatakan selagi belum ada sebarang tanda, selagi itulah ia GHAIB, HILANG dan KEKAL MISTERI. Bak kata Kapten NURODIN ABD MAJID (Former, Fleet Manager B777, MAS)

"HILANG! Benar-benar hilang!"

( Note : Maksud Hilang menurut DBP = 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi )

"Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..
Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain.
Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)"...Kapten Nurodin Abd Majid 

Setuju dengan pendapat beliau, selagi mana tiada apa-apa tanda atau sebarang petunjuk selagi tu ianya dikategorikan sebagai hilang. Harapan masih ada. Terus berdoa dan bermohon pada Yang Esa.



Mungin ada yang persoalkan, penumpang MH370 majoritinya bukan beragama islam, so, boleh ke kita berdoa untuk orang bukan Islam dalam pesawat MH370 ?

Menurut Ustaz Zaharuddin, jawapan kepada persoalan diatas ialah:

BOLEH berdoa kepada semua, muslim dan non Muslim agar SELAMAT, SIHAT, termasuklah selamat pulang dan pergi atau mendapat hidayah.

Imam Nawawi juga menyebut HARUS doa belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup & keampunan atas kesalahannya & bukan redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya


 ( اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ) 

Namun bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan tidak Islam, telah disepakati ulama, TIDAK BOLEH berdoa KEAMPUNAN & RAHMAT Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah Surah At-Tawbah 113.


Sama-sama la kita doakan agar MH370 ditemui...

Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU Ya Robbi...berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan...
Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu agar ditemui dan mudahkanlah untuk kami menemuinya.. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.. Amiin!

Nota Jejari : Amiin!!!!!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)