Puding Kastard Berkuah Laici dan Fruit Cocktail
Cuaca sekarang ni dah kembali panas kan. Bila cuaca panas-panas ni sedap kalau dapat menikmati sesuatu yang sejuk seperti puding ke ABC ke Cendol ke...
Tul tak???
Actually permintaan untuk dibuatkn puding kastard berkuah ni dah lama. Malah bahan-bahan untuk membuatnya pun sudah dibeli agak lama jugak. Cuma perlaksanaannya sahaja yang asyik tertangguh dengan seribu satu alasan antaranya cuaca yang agak dingin baru-baru ni.
Kebiasaannya memang tak buat puding kastard sebab malas nak membancuh dan memasaknya. Lagi pulak anak-anak kurang minat dengan puding camtu malah apa jenis puding pun memang dia orang pandang sebelah mata je.
Tapi kali ni sebab si tukang masak teringin nak makan puding kastard tu, so buatkan la jugak separuh dari adunan di bawah ni :
Bahan-bahan Untuk Puding
1 cwn tepung kastard
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn gula
Cara-Cara
1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dalam anggaran 20 minit.
3. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dalam bekas-bekas kecil atau loyang.
4. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dalam peti sejuk.
5. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Untuk Kuah
1 tin buah laici / koktel / peach / nanas.
1 tin susu cair
1 tin air biasa (air masak)
1 cwn gula ( terpulang pada masing-masing nak manis sedang mana ya..)
Ais secukupnya - jika suka / mahu
Cara-Cara
1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..).
2. Setelah itu biarkan sejuk.
3. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit/laici dan susu.
4. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...
5. tuangkan kuah yg bercampur laici.
6. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
Untuk makluman resipi puding kastard dan panduan penyediaan puding kastard berkuah laici / mix fruit ni saya ambil dari blog Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

Nota Jejari : anak-anak memang layan mix druit dan laici je, puding kastard tolak ke tepi terus :(
Comments
Post a Comment