Fresh Blueberry Muffin

Bila anak dah mula bersekolah nj kena la merajinkan diri lebih dari biasa. Tambah pulak anak memang tak membeli di kantin sekolah , tak kira la sesi sekolah biasa atau waktu sekolah KAFA ( agama ).

Bukan sebab anak tak mahu tapi mama dan abahnya yang tak galakkan anak membeli. Terutama kalau waktu petang, menu yang dijual biasanya nuget, sosej dan lain-lainnya. Kalau setakat menu macam tu bawak bekal lebih elok kan. Boleh pelbagaikan menu yang berlainan setiap hari.

Fresh blueberry muffin ni antara makanan yang dijadikan bekal tuk si kakak bawak ke sekolah KAFA. Ala setakat sekolah waktu petangkan, tak perlu sediakan bekal makanan berat, kiranya sediakan menu macam untuk minum petang pun dah cukup.


Si kakak kata, muffin ni sedap dan siap request bekal yang sama keesokan harinya. Tapi disebabkan satu adunan resipi muffin dibawah ni dapat sikit je, so tak dapat la nak penuhi permintaan dia. Lagipun mamanya dah plan nak buat menu lain pulak (*_-).


Ok la pada yang ingin mencuba resipi untuk Fresh Blueberry Muffin ni seperti dibawah:

Fresh Blueberry Muffin a.k.a Grandmother Hinckley's Bluberry Muffin
Sumber : azie kitchen

Bahan bahan:
3 sb butter
2/3 cawan gula kaster
1 biji telur - pukul
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
1 sk vanilla extracts (saya tambah)

Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.

Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam.

Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas.  

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.

Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya. Kalau tak suka, pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejukkan atas redai.


Nota Jejari : Nanti nak try tukar blueberry kepada buah lain pulak tak pun guna jem.

Comments

Popular Posts