Info Air mineral : maklumat pada label

Anamarza
0
 Mungkin ramai yang sudah sedia maklum info berkait dengan maklumat yang perlu diletakkan pada label setiap botol air mineral semulajadi atau air mineral berkarbonat , kan ?
Pada sesiapa jua yang masih kabur boleh rujuk gambarajah dibawah :


Setiap botol air mineral semulajadi perlu ada maklumat pada label seperti :

  1. Nama yang dibenarkan ; samaada air mineral semulajadi atau air mineral berkarbonat.
  2. Jenama tidak boleh mengelirukan
  3. Nama dan alamat pengilang
  4. Nama dan alamat syarikat pengedar
  5. Alamat lokasi punca air dan nombor lot
  6. Nombor kelulusan KKM perlu dinyatakan
  7. Nama dan kandungan mineral perlu dinyatakan dalam mg/l
  8. Nilai pH
  9. Jumlah pepejal yang terlarut dalam mg/l

Selain daripada info diatas kita sebagai pengguna juga perlu tahu perbezaan diantara air mineral semulajadi (AMS) dengan air mineral berbungkus (AMB). Bagi yang ingin tahu apa perbezaan antara AMS dan AMB boleh rujuk entry http://www.sumarz.com/2012/01/air-mineral-perbezaan-semulajadi.html

Nota Jejari : Perlu tahu mana 1 air mineral semulajadi dan mana air mineral berbungkus
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)