Minuman Jolly Shandy Haram
Sedikit pencerahan berkaitan minuman Jolly Shandy:
Jika dilihat pada nama minuman itu sendiri sudah jelas ianya mengandungi arak.
Defini / maksud perkataan "SHANDY" ( Definition of Shandy) :
" A drink made of beer and lemonade "(The American Heritage® Dictionary of the English Language)
" (Miscellaneous Technologies / Brewing) an alcoholic drink made of beer and ginger beer or lemonade "(Collins English Dictionary – Complete and Unabridged)
Kesimpulannya minuman ini adalah HARAM diminum.
Berkaitan persoalan kenapa Minuman Shandy ini diletakkan / dijual di rak yang sama dengan minuman ringan yang lain, ini kerana :
Definisi Minuman Beralkohol atau arak Mengikut Peraturan Makanan 1985 : Peraturan 361(1-2) menyatakan minuman beralkohol adalah likuor yang mengandungi alkohol melebihi 2%. Maka Shandy yang mengandungi 0.5% alkohol tidak termasuk dibawah peraturan ini serta boleh dijual di rak yang sama dengan minuman ringan yang lain.
Untuk makluman, 0.5% yg disebutkan di dalam fatwa tersebut merujuk kepada produk minuman yg mengandungi alkohol bukan dari proses penghasilan arak.
Disebabkan Shandy adalah campuran Beer dengan Jus Lemon, maka Shandy tetap haram walau berapa % kandungan alkoholnya. Beer adalah arak, arak adalah najis, sedikit atau banyak tetap hukumnya haram.
So , kepada yang ada anak , didik anak untuk kenal istilah lain bagi arak, didik anak kenal minuman mana yang haram diminum dan didik anak untuk hanya minum minuman yang halal sahaja .
Sumber FB Sahabat halal
Nota Jejari : Berhati-hati jangan terpedaya dengan penampilan minuman sebegini yang tak nampak perbezaan dengan minuman tin biasa. Sentiasa lihat kandungan , syarikat pengeluar dan pastikan ada pengesahan halal dari badan yang diiktiraf....
Comments
Post a Comment