Label Bungkusan Ubat : Butiran apa yang perlu ada ?

Anamarza
0
Ramai yang biasa mendapatkan ubat dari klinik ( tak kira la klinik kerajaan atau swasta ) mahupun farmasi kan?


Adakah korang pernah perhatikan butiran yang terdapat pada bungkusan atau sampul ubat yang korang dapat tu?

Rasanya kebanyakan orang lebih lihat pada arahan pengambilan ubat tersebut sahaja kan?

Tapi tshukah anda apa butiran yang sepatutnya diletakkan pada sampul atau bungkusan ubat yang kita terima?

Untuk makluman butiran atau label ubat-ubatan yang harus anda terima sebagai pengguna ialah:


  1. Nama dan alamat pihak pembekal / penjual ( Klinik / Farmasi )
  2. Nama Penuh Ubat
  3. Nama Pesakit
  4. Tarikh ubat dibekal atau dijual
  5. Nombor Rujukan Pada Buku Rekod
  6. Arahan atau cara pengambilan ubat yang lengkap
  7. Label " Ubat Terkawal atau Controlled Medicine " ( Untuk Ubat Terkawal Sahaja )

Untuk pil dalam strip , kita boleh lihat tarikh luput atau tarikh dikeluarkan dihujung strip. Seperti dibawah:




Sumber : FB Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan


Nota Jejari : Penting tahu nama ubat, tsrikh luput dan cara pengambilan ubat yang betul.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)