Gambar mangsa rompakan ambank USJ

Anamarza
0
Maaf kat sini memang tak akan disiarkan gambar mangsa yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di Ambank USJ tu. Pendapat saya tak perlu la kita siarkan gambar mangsa sebab bila kita siarkan seolah-olah kita sebarkan "aib" mangsa dan memberi kesan emosi pada keluarga mangsa.


Cuba kita bayangkan kalau gambar mangsa ( tak kira la mangsa tembakan, pembunuhan, kemalangan atau apa-apa musibah lainnya) yang dikongsi dan di forward dimerata-merata laman sosial ( tak kira la FB ke, blog ke atau selainnya) merupakan isteri/suami atau anak/ibubapa atau ahli keluarga terdekat kita even sahabat kita sekalipun..

Agaknya apa yang akan kita rasa?

Nak berkongsi cerita untuk hebahan tu tak salah tapi pilih la gambar yang lebih elok bukan gambar yang menampakkan kecederaan atau "keaiban" mangsa.

Ni sekadar pendapat saya je la kan. Kita sendiri tak tahu bagaimana cara kita akan dimatikan adakah dengan cara yang elok atau kematian kita melalui kemalangan atau musibah lainnya. Jika nyawa kita diambil melalui kemalangan atau pembunuhan harapnya tiada la gambar kita sebagai mangsa tersebar di laman-laman social.

Apa yang kita mampu hanya la berdoa agar dimatikan dengan cara yang baik dan dijauhkan dari diaibkan. Untuk itu kita semasa hayat masih dikandung badan ni cuba la berusaha untuk tidak membuka atau menyebarkan " aib" orang lain.

Nota Jejari : Kekadang ada gambar mangsa kemalangan yang sedikit terbuka auratnya tersebar... so berhati-hati la jika nak sebarkan sesuatu gambar kemalangan atau musibah ...
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)