Isu Tapioca Balls / Pearls Tercemar Dengan Maleic Acid

Anamarza
1
Bagi peminat minuman "Bubble tea" pastinya ambil tahu tentang isu Tapioca balls atau Tapioca Pearls keluaran Negara Taiwan yang telah dikesan tercemar dengan Maleic Acid kan?

Untuk makluman pada yang belum tahu, terdapat 10 produk Tapioca balls atau Tapioca Pearls yang dilaporkan mengandungi maleic acid dan sebagai langkah berjaga-jaga KKM telah menggantung pengimportan produk terbabit. Senarai adalah seperti berikut:
  1. Tapioca Ball daripada syarikat Sunright Corporation, Taiwan  
  2. Black Tapioca Pearl daripada syarikat Possmei International Co Ltd, Taiwan 
  3. Tapioca Pearls daripada syarikat Shang Wang, Taiwan 
  4. Tapioca Starch Ball daripada syarikat Grand Chainly Enterprises Co. Ltd, Taiwan 
  5. Tapioca Pearls daripada syarikat Ting Long, Taiwan 
  6. Tapioca Pearls daripada syarikat An Li Si, Taiwan 
  7. Tapioca Pearls (White) daripada syarikat Taiwan Tapioca Foods Company Ltd, Taiwan 
  8. Tapioca Pearls (Black) daripada syarikat Taiwan Tapioca Foods Company Ltd. Taiwan
  9. Green tea tapioca ball daripada Syarikat Full Free Co.Ltd., Taiwan
  10. Yam tapioca ball daripada Syarikat Full Free Co.Ltd., Taiwan

Sedikit info berkaitan Maleic Acid dan kesan pengambilannya seperti dibawah;
  •  Apa Itu Maleic acid ?
    • Meleic Acid adalah sejenis bahan yang tidak dibenarkan untuk ditambah dalam produk makanan. Kehadiran maleic acid dalam makanan disebabkan oleh penggunaan kanji bergred industri yang didakwa boleh meningkatkan kekenyalan produk makanan.

  • Apakah kesan pengambilan Maleic Acid ?
    • Pengambilan maleic acid yang sekali sekala pada paras rendah adalah tidak memudaratkan kesihatan.
    • Pengambilan maleic acid pada paras yang tinggi dalam tempoh masa yang lama berkemungkinan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah produk-produk Tapioca balls atau Tapioca Pearls yang tersenarai diatas diguna di negara kita ?

Menurut sumber dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada produk tapioca balls atau tapioca pearls keluaran syarikat yang tersenarai seperti diatas diimport ke Malaysia. Namun yang demikian pihak KKM masih menunggu pengesahan mengenai perkara tersebut daripada pihak Taipei Economic and Cultural Office di Malaysia.

Selain produk Tapioca balls dan Tapioca Pearls, terdapat 5 lagi produk makanan dari Taiwan yang turut dikesan tercemar ialah:
  1. Tapioca Starch daripada syarikat Hong Kai Foods Co., Taiwan
  2. Indica Rice Powder daripada syarikat Sunright Foods Corporation., Taiwan 
  3. Noodles daripada syarikat Sin Chi Zhi Miang Chang, Taiwan 
  4. Vegetarian instant rice noodle daripada Syarikat Long Kow Foods Enterprise Corp., Taiwan
  5. Rice noodle with thick soup daripada Syarikat Long Kow Foods Enterprise Corp., Taiwan
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan berkaitan isu ini boleh rujuk kepada laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di:


Nota Jejari : Sebaiknya elakkan dari mengambil produk terbabit untuk sementara waktu melainkan anda memang pasti akan status keluaran produk Tapioca balls dan Tapioca Pearls tersebut selamat untuk dinikmati...

Post a Comment

1Comments

  1. Saya baru tahu lepas baca entry ni...apa apa pun, saya tak pernah minum minuman ni....TQ for sharing this info

    ReplyDelete
Post a Comment