Gambar Struktur susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh

PULAU PINANG 6 Jun - Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.

Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. - UTUSAN ONLINE
Kes sebegini bukan la kejadian pertama yang berlaku di Malaysia kan?

Nasib baik la runtuhnya sebelum susur keluar ni siap, bayangkan kalau dah siap dan dah "diluluskan" seterusya dibuka kepada khalayak umum untuk digunakan pasti lebih tragis bukan?

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, begitu juga kejadian yang menimpa pada Struktur susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang ini juga, mungkin ada "sesuatu" yang bakal terungkap dan mugkin juga kejadian ini sebagai peringatan agar pihak yag terlibat tidak kira buruh , kontraktor, pihak JKR atau sesiapa sahaja untuk lebih teliti dari setiap sudut.

Untuk gambar Struktur susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh seperti dibawah:












Nota Jejari : Setiap kali lalu di jambatan yang sedang dibina di Bukit Kuang, Kemaman, selalu terfikir adakah akan ada episod seperti jejambat MRR 2 yang retak atau episod runtuh sebelum siap bakal berlaku tapi setiap kali terfikir sebegitu setiap kali tu juga berharap dijauhkan segala musibah seperti itu, sebabnya nanti bila dah siap kitaorang juga yang bakal melalui jambatan tersebut.....

Comments

Popular Posts