Teringin nak rasa Pavlova so....

Anamarza
0
Dapat makan mini Pavlova hasil air tangan sendiri pun jadi lah

Kualiti gambar Pavlova yang tak seberapa
Tak tahu la kan hasil air tangan sendiri ni sama ke tidak dengan rasa Pavlova yang dijual tu, sebab tak pernah buat apatah lagi makan.

Budak-budak kat rumah ni pulak, mungkin sebab ada cream dan juga buah diaorang langsung tak nak jamah. Tapi kalau setakat base bawah tu aje, even sedikit manis boleh pulak diaorang hadap. Budak-budak kan yang manis tu la yang disukanya.


Untuk Pavlova ni saya guna resipi dibawah:

RESEPI PAVLOVA CK
Sumber : Cendana Kasih (Noorma)
Mini Pavlova CK AnnaQawina


Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sdt esen vanila
1 sdt cuka makan
1/2 - 1 sdb tepung jagung

Cara-cara :

Pukul putih telur didalam bekas yang betul2 kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat.
Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar.
Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
Atur cup kertas pilihan, jika tidak menggunakan cup kertas, anda boleh juga membuat bentuk pavlova diatas kertas minyak macam biasa, saiz ikut suka ya.
Paipkan dasar pavlova dahulu didalam cup anda @ atas loyang. Kemudian paipkan bentuk dinding pavlova ikut suka nak macamana ya.
Panaskan oven selama 10 minit suhu 140'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 120'C selama 40 minit atau sehingga masak. Sentuh dan tekan sikit tengah2 pavlova tu, kalau jari tak tenggelam dan melekit tandanya dah masak lah tu.*Jangan tekan kuat2 lak, mau retak itu pavlova..huhu
Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga pavlova sejuk dgn pintu oven sedikit terbuka.
*Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.



KRIM PAVLOVA
200ml freshcream jenama VIVO, dipukul kaku dan boleh digunakan

Nota Jejari : Rasanya untuk diulang buat lain kali tu, mungkin lambat lagi la kot... melainkan tekak ni memang dah gatal sangat nak ngap pavlova, harus la dibikin jugak nanti.... (^_*)

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)