AprilFool : Sebab untuk tidak turut serta

Ada yang pernah terkena "prank" yang melampau pada 1 April ?

Atau

Pernah menyampaikan "satu berita/cerita" sehingga orang percaya berita yang disampaikan tu betul, sebelum akhirnya sedar ianya hanyalah lawak April Fool semata?

Jika ada yang  berhajat untuk "menyambut" April Fool dengan melakukan sesuatu Prank tak kira la pada kawan  ke, pasangan masing-masing ke atau pada sesiapa sahaja  , pe kata cuba renung dan fikirkan kata-kata dari Ustaz DR.  Zaharuddin di bawah:

"JANGAN ada sesiapa yang cuba membuat lawak APRILFOOL (1 April) kerana perbuatan itu diHARAMKAN untuk disambut dan dilakukan walau bertujuan gurau, senda dan menghilangkan tension.

Nabi bersabda


 ويل لمن يحدث فيكذب ليضحك به القوم ، ويل له


Ertinya: Celakalah sesiapa yang bercakap (atau berbuat) dan berbohong bagi tujuan orang bergelak ketawa, celakalah baginya (Riwayat Abu Daud).

Dalam hadis yang lain Nabi juga menegaskan ertinya "TIDAK HALAL seorang Muslim menakutkan (dengan berita palsu atau lawak tertentu) yang lain walaupun bergurau" (Riwayat Abu Daud).

Rasanya jika kita sekadar bergurau senda biasa-biasa tu tak salah, tapi jika gurau yang melampau seperti menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar sebagai betul-betul terjadi contoh kita cakap

  • si fulan bin si polan meninggal padahal si fulan tu sihat walafiat je
  • Jambatan/bangunan di sekian-sekian tempat runtuh
  • Ada sekumpulan pengganas akan menyerang sekian-sekian tempat
atau sebagainya tu baru la termasuk gurauan yang tidak dibolehkan. Tambah pulak jika 'prank" tersebut dibuat bagi tujuan "menyambut' atau "meraikan" hari tertentu seperti pada tarikh 1 april  (Aprilfool). 

Jangan sekadar buat sesuatu perkara atas dasar mengikut trend semasa, sebaiknya kaji terlebih dahulu jika sesuatu perkara itu langsung tidak mendatangkan faedah malah lebih banyak keburukan dari kebaikan yang ada padanya, elok la kita tinggalkan.  


Comments

  1. tak baik kenakan orang, sebab tu tak buat...tp pernah la jugak buat masa tingkatan 5 dulu...itu pertama dan terakhir la

    ReplyDelete
  2. betul tu..kadang-kadang kita ni terlalu taksub dengan budaya barat sehingga melupakan batas-batas seorang manusia

    ReplyDelete
  3. Dan jika di amati betul2, membuat panggilan palsu macam yg deejay radio selalu buat sekarang ni pun, adalah tidak patut, kan? ( eg Panggilan Hangit)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah~ setakat nih x pernah kena yg teruk2 la..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts