Kek comot tak cukup bahan!

Anamarza
2
Tertunai sudah hasrat dihati nak buat Indulgance Cake...


Walau rupanya kurang menarik, walau bahan tak cukup tapi dari segi rasa pada tekak kitaorang ni dah sedap dah. Pendek kata kalau setakat nak penuhi permintaan anak tekak yang teringin nak makan kek indulgance, boleh la buat sendiri.

Cuma nak kena praktis lagi bab deco-mendeko dan juga bab potong kek span kepada 3 atau 4 lapisan.


See nampak sangat potongan lapisan kek tu tak sekata kan.

Dah tu mousse coklat untuk salut kek tu tak nampak sangat.

Ni la akibatnya, berangan nak buat kek tanpa cek betul-betul dulu samaada bahan cukup atau tidak, Dah separuh jalan baru perasan ada bahan yang tak cukup kuantitinya. Tak pa lain kali ada peluang buat semula...

Post a Comment

2Comments

  1. xperla, kak. sekurang2nya mencuba.
    saya ada baca. klu nk potong kek, boleh guna benang.

    ReplyDelete
Post a Comment