Jom audit aktiviti harian kita: adakah piramid kita terbalik..??

Bukan setakat audit aktiviti kita je, jom kita audit sekali aktiviti pasangan kita, anak-anak kita adakah kita di  trek  yang betul?
Aktiviti yangsepatutnya:
  1. Kurangkan : ketidakgiatan fizikal, duduk menghadap tv ,komputer  , laptop, iPad  tanpa ada pergerakan dalam jangka waktu yang agak lama.
  2. Lakukan 2 - 3 kali seminggu : Aktiviti yang membantu meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan ketahanan otot sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. Contoh:
    • Senaman  Regangan
    • Tekan Tubi
    • Bangkit  Tubi Separa
    • Angkat Berat(Dumbell)
    • Senaman duduk & mencapai
  3. Lakukan 5 - 6 kali seminggu : Kumpulkan Sekurang-kurangnya 30 init aktiviti fizikal  berintensiti  sederhana sehari, sekurang-kurangnya 5-6 hari seminggu  (Jika boleh lakukan setiap hari). Contoh:
    • Berjalan  Pantas
    • Badminton
    • Senaman Aerobik
    • Mendaki Bukit
    • Menari
    • Lompat tali
    • Bola Sepak
    • Berbasikal
    • Bola Keranjang
    • Berenang
    • Sepak Takraw
    • Tenis
  4. Lakukan Setiap hari : Bergiat secara aktif melalui  pelbagai cara yang  boleh, Contoh:
    • Menggunakan tangga
    • Kerja/kemas  rumah
    • Berkebun
    • Meletakkan kenderaan lebih jauh ( Berjalan ke pejabat atau ke kedai)

Camna aktiviti harian korang jika di senaraikan kekerapan setiap aktiviti yang dibuat , agak-agaknya cantik tak piramid yang bakal terhasil?

Nota jejari : Kena lebihkan  aktiviti outdoor ngan anak-anak la lepas ni... Piramid kitaorang tak cantik (-_-)

Comments

  1. aduh...susah juga tu..tak tercapai dek badan...

    ReplyDelete
  2. Tang meletakkan kenderaan jauh jauh tu....saya rasa tak sampai 10% org Malaysia praktikkan....selagi boleh, nak park kereta betul2 depan pintu masuk tesco! hahaha

    ReplyDelete
  3. nampak mudah tapi tak tercapai jua....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts