Ribut Tropika SONAMU : Update Terkini

Anamarza
1
Rentetan dari entry "Pantai Timur: kemungkinan banjir gelombang kedua". Bagi yang tinggal berhampiran pantai yang menghadap laut china selatan terutama penduduk di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sila take note dan alert dengan sebarang perkembangan terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia berhubung dengan Ribut Tropika SONAMU serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora.

Walau ianya sekadar satu ramalan dan dijangka ribut tropika SONAMU tidak akan menjejaki tanah air kita, namun ia tetap akan membawa hujan lebat, tak salah kita sediakan payung sebelum hujan kan? Cuma jangan terlebih panik sudah la ya...berdoa dan mohon perlindungan dari Allah itu yang seeloknya.

Kemaskini berkaitan Ribut Tropika (SONAMU) - 9hb Januari 2013

As at 2:00 AM 9 Januari 2013 : Satu Lekukan Tropika dikesan pada Latitud 5.0 Utara; Longitud 109.0 Timur;   Kira-kira 415 km ke Barat Laut Kuching, Sarawak.


Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Ketiga)  - 9hb Januari 2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 40-50 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan dan Sabah Barat dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.





Kemaskini berkaitan Ribut Tropika (SONAMU) - 8hb Januari 2013

As at 8:00 PM 8 Januari 2013 : Satu Lekukan Tropika dikesan pada Latitud 5.0 Utara; Longitud 108.0 Timur,  Kira-kira 465 km ke Barat Laut Kuching, Sarawak.

As at 8:00 AM 8 Januari 2013 : Satu Lekukan Tropika dikesan pada Latitud 6.0 U dan Longitud 108.0 T,  kira-kira 526 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan berada dalam keadaan hampir pegun.

As at 5:00 AM 8 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.1 U dan Longitud 108.0 T,    Kira-kira 529 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Ketiga)  - 8hb Januari 2013

Amaran Untuk Orang Awam - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 40-50 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


* Amaran Ribut Petir - Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor Barat dan Sulu dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 8 Januari 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot- bot kecil.



* Update info dari FB Jabatan Meteorologi Malaysia : Penamatan Nasihat (Peringkat Kuning)
Dikeluarkan pada: 08:35pm pada 07 Januari 2013 ~ Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 07:10pm, Sabtu, 05 Januari 2013 untuk Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang kini ditamatkan.


Kemaskini berkaitan Ribut Tropika (SONAMU)

* As at 5:00 PM 7 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.3 U dan Longitud 108.3 T   Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

* As at 03:00PM 07 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.4 Utara; Longitud 108.3 Timur,  Kira-kira 571 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

* As at 11:00AM 07 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.5 Utara; Longitud 108.3 Timur, Kira-kira 574 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

* As at 09:05AM 07 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.7 Utara; Longitud 108.4 Timur,  592 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu

* As at 5:00 pagi 7 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.8 U dan Longitud 108.5 T, kira-kira 606 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Daya dengan anggaran kelajuan 10 kmsj.

* As at 8:00 malam 6 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 Utara dan  Longitud 109.3 Timur, kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu


Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Ketiga) 

* Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

* Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.


Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Kedua) 

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Tags

Post a Comment

1Comments

  1. Andai betul ribut ini melanda, kita patutnya dah lebih bersiap siaga...dan kepada yg terlibat, harap byk kan bersabar...dan awasi anak2 kecil...sedih setiap kali musim banjir, ada yg jadikan ia pesta air..

    ReplyDelete
Post a Comment