Ada ke minyak sapu/angin yang halal?

Anamarza
3
Rata-rata dari kita dah terbiasa dengan kebiasaan orang tua-tua kita dulu, bila rasa ada ketidak selesaan di perut tak kira la sakit perut ke, kembung perut ke mesti kita cari minyak untuk disapu kan?

Walau duduk di zaman moden masih ramai lagi yang jenis old school kan?

Ala setakat rasa kembung/sakit perut sikit-sikit tu ramai yang pilih sapu minyak je.

Okey la berbalik pada tajuk entry ni, dalam entry sebelum ni ( Halal ke tak minyak untuk kembung perut ni? ) ada satu komen dari +Eliss Mie bertanyakan ada atau tidak minyak sapu/angin yang mendapat status halal?


Jawapannya ada, even minyak gamat hatta minyak angin, minyak sapu, minyak urut atau balm sekalipun ada yang memiliki sijil halal. Jenama atau keluaran syarikat mana tu kena la search sendiri, pergi je kat link yang disertakan dibawah ni:


 Hanya taip je kata kunci carian yang korang nak cari. Contohnya; If nak tahu minyak urut apa yang ada sijil halal taip je la minyak urut, kalau nak tahu produk berasaskan gamat taip je la gamat.

Tak pun letak je nama produk yang ingin dicari (seperti contoh dibawah).

Dari zaman budak-budak lagi memang dah guna minyak afiat ni...

Mudah je kan?

Cumanya tak banyak syarikat yang memohon sijil halal, so senarai atau pilihan produk tu tak banyak dan mungkin agak sukar kita nak jumpa di kedai atau di farmasi.

Banyak  faktor yang menyebabkan syarikat-syarikat pengeluar produk sedemikian tidak memohon sijil halal, dan kemungkinan salah satu penyebabnya ialah mereka rasa agak cerewet untuk memenuhi syarat memohon sijil halal tersebut.

Tags

Post a Comment

3Comments

  1. Skang duk kecoh pasal minyak Yuyi tak halal.. Risau pulak sebab pernah guna.. Huhu.. Nak kena check ni.. Terima kasih kongsi link sijil halal ni ye.. =)

    ReplyDelete
  2. oh.. memang selalu guna afiat tu . tapi tak perasan ada logo halal pun pada botol. minyak gamat tu pun tak pernah jumpa yg ada logo halal.

    ReplyDelete
  3. betul..dr kecik mmg pakai minyak afiat. bila dah kawen kenalkan pada keluarga mertua diorang semua pelik. tak pernah jumpa katanya

    ReplyDelete
Post a Comment