Jatuh terjelepuk , sakitnya bila buku lali bengkak

Hanya mereka-mereka yang pernah merasai je tahu, camna sakitnya bila buku lali bengkak dan sakit... huhuhuhu

Berlagak sangat kan, dah terjelepuk dekat depan showroom perodua petang semalam, masih aktif berjalan . Padahal masa terjatuh tu nak bangun punya la bercinta..sakit yang amat, sampai nak berjalan pun seksa..

Time terjatuh tu hubby tak perasan sebab dia dah masuk dalam showroom tu dah. Saje buat "lawatan sambil belajar" ke situ, interest 2.88% kira murah la kan. Tapi tak de la pulak kitaorang nak tukar kereta lagi buat masa ni. Tapi khabarnya interest serendah tu hanya ditawarkan sampai hujung bulan ni je....Hmmmmm

Berbalik pada cerita sakit tadi. Lepas selesai "lawatan sambil belajar" tu, kitaorang pergi makan-makan pulak. Time tu pun masih boleh berjalan, cuma ada sikit-sikit rasa sakit je. Bengkak?

BENGKAK Dah mula kelihatan dah. On the way balik rumah baru la story kat hubby. Dah sampai rumah berlagak tak sakit jugak lagi. Tak sampai hati nak biarkan hubby angkat kain sorang-sorang, Selesai angkat kain , gatal pulak nak settlekan kemas dapur yang tertangguh gara-gara nak outing ke Temerloh.

Waktu kemas dapur tu ada la juga rasa sakit, tapi sikit je. Selesai solat Isyak, tetiba rasa sakit yang amat sangat sampai tak boleh langsung nak gerak kaki.  PADAN MUKA... Tu la berlagak lagi kan, kawasan bengkak makin besar, sakitnya Ya allah sampai terkeluar air mata menahan sakit. (T_T)

Nasib baik la ada HERO MALAYA yang tolong angkat dan dukung. Tolong tuamkan dengan ais batu dan tolong balut tempat bengkak dengan kain (kain je la, sebab tak de 'bandage' langsung kat rumah ni)

Bangun pagi ni tahan sikit, boleh la nak gerak sendiri dengan sebelah kaki. Petang ni baru nak pergi klinik, pagi hubby ada mesyuarat kat PPD Maran. Buku lali masih bengkak dan sakit masih terasa....

Aktiviti pagi ni merehatkan diri je la.. TAPI... mampu ke nak rehat dengan 3 orang anak kecil ni?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tips jika mengalami bengkak buku lali

  1. Gunakan konsep RICE bagi mengurangkan bengkak dan seterusnya mengurangkan sakit dibahagian yang tercedera: 


    • R - rest - Pesakit haruslah merehatkan buku lali daripada terlibat dengan aktiviti yang lasak sehingga sakit dan bengkak menjadi reda

    • I - Ice - Ketika merehatkan buku lali..pesakit boleh menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan bengkak tersebut. Ais boleh diletakkan di bahagian yang sakit selama 15 atau 20 minit

    • C - compression - ketika atau selepas meletakkan ais , pesakit boleh 'menekan' atau compress di bahagian yang bengkak tersebut dengan menggunakan 'bandage' yang dibalut di bahagian bengkak tersebut

    • E - elevation - Kemudian, rehatkan bahagian yang bengkak tersebut di atas bantal yang tinggi sedikit dari paras jantung


  2. Gunakan tongkat bagi mengurangkan stress dan tekanan kepada buku lali yang tercedera

  3. Mobilization exercise atau dipanggil circulatory exercise, pesakit hanya perlu menggerakkan buku lali ke atas dan kebawah dengan 3 sets , 10 kali ulangan setiap set, dan tahan selama 3 saat bagi setiap pergerakan. Senaman ini penting bagi mengurangkan bengkak serta mempercepatkan lagi proses pemulihan
Sumber : physiosense

Comments

  1. macam mana boleh jatuh ana..nasib baik ada hero malaya yang gagah angkatkan..hehehe..

    rehat lebih sikit ok..nak suruh rehat banyak saya pun paham..dgn bebudak tu bukan boleh nak rehat banyak sangat..take care

    ReplyDelete
  2. Hope cepat sembuh..

    RICE tu mmg patut semua org tahu..:)

    Lagi satu, kalau bengkak tak surut2 dalam masa >5 days, sakit makin teruk, liited movement, mmg kena suspect ada ligament tear

    ReplyDelete
  3. sakitnya....
    cepat pergi urut..nanti masuk angin...

    ReplyDelete
  4. mujur bengkak je... membe sy jatuh tejelepuk patah.. moga kak ana cpt sembuh

    ReplyDelete
  5. aduhai sakit pulak membacanya.semoga cepat sembuh yer.

    ReplyDelete
  6. untungla ada hero leh dukung, klu sy ni xde sape yg larat dukung kot.he3..
    moga cpt sembuh..

    ReplyDelete
  7. alahaii.. moga cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  8. aaa, sakit.. tak dapat tahan. sya penah cam ni .. kena rest byk.

    ReplyDelete
  9. Adoiii, sakitnya tu.. Dah gi klinik nanti rehat2 la ye.. Btw, terima kasih gak bagi tips ni.. In case terjadi kat diri sendiri dah tau dah apa nak buat.. Huhu.. Cepat sembuh ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts